| ARAFAT, YASSER | Arafat, Yasser (1929–2004) ialah Presiden negara Palestin dan juga Presiden Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) semenjak tahun 1969. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah sebuah kesatuan rakyat Palestin yang bersumpah taat setia untuk mengembalikan ketuanan kerajaan Palestin. Lihat Palestin, Sejarah.  | UMUM |   | 
			
				| PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN | Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan mereka semula. Palestin merupakan tempat bersejarah yang penting kini; ia mengandungi Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah semenjak tahun 1967.  | UMUM |   | 
			
				| PALESTIN, SEJARAH | Palestin, Sejarah ialah bumi Arab yang  bersejarah, terletak di hujung timur Laut  Mediterranean. Palestin dianggap salah satu  kawasan bersejarah terkemuka di dunia kerana di  situ muncul dua agama besar, iaitu agama Yahudi  dan Nasrani. Ia merupakan tanah suci dan tempat  yang banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang  tertera di dalam kitab-kitab suci. Di Palestin juga  terdapat tempat-tempat suci orang Islam, iaitu  Masjid al-Aqsa, kiblat pertama dan tanah haram  ketiga selepas Makkah dan Madinah serta tempat  Rasulullah SAW diperjalankan dalam perjalanan  Israknya. Lihat Masjid al-Aqsa.  | UMUM |   | 
			
				| DARWAZAH, MUHAMMAD ‘IZZAH | Darwazah, Muhammad ‘Izzah (1306 –1404  H/1888–1984 M) ialah sasterawan dan ahli sejarah  yang berasal dari Palestin. Dia lahir di bandar  Napies di Palestin. Dia mendapat pendidikan di  Palestin dan memegang banyak jawatan penting  seperti Pengarah Hal-Ehwal Islam Palestin.  Darwazah menyertai gerakan nasionalisme di  Palestin. Dia kehilangan pendengaran pada tahun  1352 H, menyebabkan dia hanya menumpukan  perhatian terhadap bidang pembacaan dan  penulisan. Dia menghasilkan lebih daripada  50 buah buku dalam pelbagai bidang ilmu  pengetahuan terutamanya dalam bidang pengajian  al-Qur’an dan sejarah.  | UMUM |   | 
			
				| ANTONIUS, GEORGE | Antonius, George (1892–1942) ialah penulis dan aktivis politik Palestin. Pada bulan Januari 1939, dia dipilih sebagai salah seorang wakil bagi mewakili negara Arab dalam persidangan mengenai masa depan Palestin. Antonius kemudian dilantik sebagai setiausaha agung bagi perwakilan Arab. Persidangan yang diadakan di London itu berlangsung selama enam hari dan berakhir dengan jalan buntu.  | UMUM |   | 
			
				| PERANG SALIB | Perang Salib ialah nama sempena serangan askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14 M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari segi geografi yang menyambungkan di antara timur dengan barat, dan keinginan menguasai tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga bertujuan menyekat usaha pembukaan negara- negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain. Mereka telah menyusun tentera yang datang dari Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan 1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan peningkatan kekuatan senjata.  | UMUM |   | 
			
				| KAUM KANAAN | Kaum Kanaan ialah orang yang disebut dalam  Wasiat Lama . Kaum Kanaan mendiami Canaan,  nama Palestin dalam kitab Bible, kira-kira pada  tahun 3000 S.M. Mereka merupakan penduduk  utama di tanah ini sehinggalah orang Israel  menakluknya pada tahun 1200 S.M. (lihat Palestin  [Sejarah awal dan penempatan orang Ibrani]).  | UMUM |   | 
			
				| SALAHUDDIN AL-AYYUBI | Pengasas Empayar Ayyubiyyah yang memerintah Mesir, Syria, palestin, Utara Mesopotamia dan Yaman sekitar penghujung abad ke 6 H./12 M. | AGAMA | Tokoh | 
			
				| SAMARIA | Samaria ialah nama bandar dan juga wilayah di sekitar Palestin purba. Raja Omri membangunkan Samaria pada kira-kira tahun 800 S.M. dan menjadikannya ibu negara kerajaan Israel. Raja Omri menamakannya sempena nama Shemer, pemilik tanah tempat Samaria didirikan.  | UMUM |   | 
			
				| Q | Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia  merupakan huruf yang digunakan oleh orang  Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.  Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia  merupakan huruf yang digunakan oleh orang  Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.  Mereka menamakannya sebagai qoph yang  mungkin bermaksud beruk atau monyet dan  mereka menulisnya dengan simbol gambar yang  melambangkan seekor monyet. Orang Yunani  kemudiannya meminjam huruf Q ini buat seketika  waktu dan menyebutnya koppa. Orang Rom  mengambilnya daripada orang Yunani, dan  memberikan bentuk huruf Q besar seperti yang  ada kini. Mereka juga memperkenalkan penggunaan  huruf u selepas q . Lihat Abjad.  | UMUM |   |