Abdullah Munsyi (1796–1854), penulis Malaysia. Dia digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat gelaran “munsyi” sewaktu mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa, Abdullah menjadi guru agama, penterjemah, wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris. Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England. |