ORANG DRAVIDIA | Orang Dravidia adalah antara penduduk yang paling awal diketahui tinggal di India. Keturunan mereka kini tinggal terutamanya di selatan India dan menggalurkan nenek moyang mereka seawal 4500 tahun dahulu. Orang Dravidia dan orang Indo-Arya membentuk dua etnik utama di India. | UMUM | |
PROMETHEUS | Prometheus dalam mitologi Yunani, ialah anggota bangsa dewa yang paling awal, dinamakan Titan. Bapa Prometheus ialah Iapetus dan ibunya Themis atau Clymene. | UMUM | |
THALES | Thales (625? S.M.–546? S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang paling awal diketahui. Dia lahir di Miletus , Asia Kecil. Segala maklumat yang diketahui tentang Thales diperoleh daripada laporan ringkas dan berselerak oleh ahli sejarah dan ahli falsafah terkemudian. | UMUM | |
TIMAH | Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia adalah logam putih yang telah digunakan oleh manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah paling awal yang diketahui adalah pada lebih kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam pengeluaran plat timah, yang terdiri daripada keluli bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin timah untuk pembungkusan makanan dan keluaran-keluaran lain. | UMUM | |
NABI HUD A.S. | Nabi Hud a.s. ialah salah seorang daripada utusan Allah. Nabi Hud a.s. diutuskan kepada kaum ‘Ad iaitu kaum Arab yang paling awal yang diketahui. Dalam al-Qur’an diceritakan bahawa terdapat kaum ‘Ad I dan kaum ‘Ad II. Kaum ‘Ad I ialah ‘Ad Irm yang tinggal di dalam khemah. Manakala kaum ‘Ad II ialah penduduk negeri Yaman dari keturunan Qahtan, Saba ’ dan keturunan dari keduanya. Zaman kehidupan kaum ‘Ad ini tidak diketahui dengan tepat. Ini disebabkan al-Qur’an sendiri dan hadith- hadith tidak menyebutkan tentang tarikh kewujudan mereka. Selain itu, tidak terdapat bukti dari kesan- kesan yang ditinggalkan sama ada berbentuk tulisan-tulisan sejarah yang mungkin boleh dibuat sandaran berhubung dengan tarikh kewujudan mereka. | UMUM | |
TELEKOMUNIKASI | Telekomunikasi ialah penghantaran dan penerimaan pesanan untuk jarak yang jauh. Isyarat yang boleh dilihat seperti menggunakan bendera, lampu, atau asap adalah bentuk telekomunikasi yang paling awal. Kini, istilah ini merujuk pada pelbagai jenis sistem telekomunikasi elektrik dan elektronik yang digunakan di seluruh dunia. Sistem telekomunikasi moden menghantar dan menerima bunyi, bahan bercetak dan imej yang boleh dilihat dalam sekelip mata. | UMUM | |
KAPAK GENGGAM | KAPAK GENGGAM, alat batu yang digunakan oleh manusia pada zaman prasejarah atau Zaman Batu Lama. Kapak genggam yang paling awal ditemui di Chesowanja, Kenya, berusia lebih kurang 1.5 juta tahun. Walau bagaimanapun, taburan kapak genggam terdapat di seluruh dunia. Tradisi pembuatan kapak genggam lebih dikenal sebagai tradisi ‘Acheuleen’, nama daripada sebuah tapak di St. Acheul, Perancis yang dijumpai oleh Baoucher de Pethres pada tahun 1847. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
PENAN | PENAN, suku kaum yang merupakan satu minoriti etnik di negeri Sarawak. Mereka adalah antara suku kaum yang paling awal menduduki Pulau Borneo. Kini, suku kaum Penan mendiami di kawasan pedalaman daerah Belaga, Bintulu, Baram, Miri dan Limbang dengan jumlah penduduk lebih kurang 10, 000 orang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
KESULTANAN KELANTAN | KESULTANAN KELANTAN, institusi kerajaan Kelantan. Bukti paling awal mengenai kerajaan dan Kesultanan Kelantan diperoleh daripada sumber China dan Sejarah Melayu. Menurut sumber China, pada abad ke-15, Kelantan diperintah oleh Maharaja Ku-ma-r (Kumar?) dan pada tahun 1411 baginda menghantar satu perutusan ke negeri China. Asal usul Maharaja Kumar tidak diketahui. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
ACHEBE CHINUA | Achebe, Chinua (1930- ), penulis novel, cerpen dan penyair Nigeria. Achebe lahir di Ogidi, bahagian timur Nigeria iaitu bahagian yang paling awal menerima pengaruh daripada mubaligh Kristian. | SASTERA | Tokoh |