AMON | Amon ialah dewa yang paling penting dalam mitos Mesir purba. | UMUM | Umum |
MINERVA | Minerva ialah seorang dewi yang paling penting dalam mitologi Rom purba. Dia merupakan anak kesayangan Jupiter, raja segala dewa. Sebuah mitos menceritakan tentang Minerva yang dilahirkan daripada dahi Jupiter dalam keadaan sudah membesar sepenuhnya dan lengkap berperisai. Minerva menyerupai dewi Yunani yang bernama Athena dan merupakan seorang dara sepertinya. | UMUM | |
SUNGAI THAMES | Sungai Thames ialah sungai paling penting di England. Sungai Thames juga merupakan sungai terpanjang yang keseluruhannya terletak di England. Sungai Severn, sebahagian di England dan sebahagian lagi di Wales adalah lebih panjang. Sungai Thames mengalir 346 kilometer dari Cotswold Hills di selatan tengah England hingga ke tenggara England dan menuju ke Laut Utara. Sungai ini menjadi laluan perdagangan utama England. Untuk lokasinya, lihat United Kingdom (peta muka bumi). | UMUM | |
DRAKENSBERG | Drakensberg merupakan banjaran gunung yang paling penting di Afrika Selatan. Panjang banjaran ini lebih daripada 1000 km. | UMUM | |
PERTEMPURAN BANNOCKBURN | Pertempuran Bannockburn ialah salah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Scotland . Ia berlaku di Bannockburn, Scotland, pada tahun 1314. Dalam pertempuran itu, rakyat Scotland menyelamatkan negara mereka daripada pemerintahan asing dengan mengalahkan tentera Inggeris di bawah Raja Edward II. Robert Bruce menaiki takhta Scotland dengan kemenangan ini. Jumlah tentera Inggeris melebihi tentera Scotland, tetapi pertahanan Scotland bertempur dari kedudukan yang lebih baik, sedangkan pihak Inggeris terlalu terhimpit untuk menggunakan sepenuhnya jumlah tentera mereka yang lebih besar. Pihak Scotland menghentikan kemaraan orang Inggeris dengan menggali lubang di sepanjang garisan serangan. Orang Inggeris melarikan diri setelah mengalami kekalahan teruk. | UMUM | |
EASTER | Easter ialah perayaan tahunan Kristian yang paling penting. | UMUM | |
PERSIDANGAN YALTA | Persidangan Yalta ialah salah satu mesyuarat yang paling penting bagi para pemimpin utama pihak Bersekutu semasa Perang Dunia II (1939–1945). Pemimpin ini terdiri daripada Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Winston Churchill dari Great Britain, dan Perdana Menteri Joseph Stalin dari Kesatuan Soviet. Negara- negara tersebut dikenali sebagai “ Tiga Kuasa Besar”. Rundingan itu diadakan di Yalta, tempat peranginan Laut Hitam yang terkenal di Krimea, dari 4 hingga 11 Februari 1945. | UMUM | |
SUKAN OLIMPIK | Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik dunia untuk bertanding antara satu sama lain dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan. Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton Sukan Olimpik di kaca televisyen. | UMUM | |
SERAMIK | Seramik adalah satu daripada tiga jenis bahan kejuruteraan yang paling penting yang terutamanya adalah sintetik. Yang dua lagi adalah logam dan plastik. Seramik termasuk bata, simen, kaca dan porselin. Ia juga termasuk sesetengah bahan luar biasa yang digunakan dalam elektronik dan kapal angkasa. Kebanyakan seramik adalah keras dan boleh tahan haba dan bahan kimia. Sifatsifat ini memberikannya pelbagai kegunaan dalam industri. Artis juga menghasilkan seramik. Rencana ini membincangkan keluaran dan proses seramik dalam industri. Untuk maklumat tentang bagaimana artis membuat seramik, lihat rencana Ensiklopedia Dunia tentang Tembikar . | UMUM | |
PERTEMPURAN POITIERS | Pertempuran Poitiers ialah nama bagi tiga peristiwa. Pertempuran paling penting telah berlaku pada tahun 1356, berhampiran sebuah bandar bernama Poitiers di Perancis. Kemenangan tentera Inggeris yang terkenal dalam Peperangan Seratus Tahun berpunca dari Pertempuran Poitiers. Tentera Inggeris telah diketuai oleh Edward ‘ Putera Hitam’ dari England. Raja John II dari Perancis telah mengetuai tentera negaranya. | UMUM | |