PULAU PALM | Pulau Palm ialah gugusan pulau yang terletak 64 kilometer di utara Townsville dan 32 kilometer di timur Ingham di Queensland Utara, Australia. Pulau Great Palm, iaitu pulau yang terbesar dalam gugusan ini, meliputi kawasan seluas 65 kilometer persegi. Bukit bukaunya yang curam dilitupi hutan hujan yang tebal. Di Teluk Challenger di barat laut pulau ini, terdapat sebuah petempatan Orang Asli Australia yang mempunyai penduduk kira-kira 2000 orang. | UMUM | |
PALM SUNDAY | Palm Sunday ialah hari Ahad yang jatuh sebelum Hari Paskah dan ia menandakan permulaan Minggu Suci dalam takwim Kristian. | UMUM | |
PALM SPRINGS | Palm Springs (pend. 40 181) ialah bandar peranginan di selatan California, Amerika Syarikat yang dikelilingi oleh gurun dan gunung-ganang. | UMUM | |