PALMA GADING | Palma gading ialah pokok palma rendah yang berasal dari Amerika Selatan. Pokok ini juga dinamakan palma biji gading kerana bijinya pernah digunakan sebagai ganti kepada gading. | UMUM | |
PALMA KUBIS | Palma kubis ialah nama yang diberi kepada beberapa jenis pokok palma yang tunasnya boleh dimakan. Nama ini kadangkala digunakan khas hanya untuk palma di India Barat, iaitu saudara kepada palma diraja. | UMUM | |
PALMA DOUM | Palma doum yang juga dieja palma doom, tumbuh di Arab Saudi, Mesir hulu, dan Afrika Tengah. | UMUM | |
PALMA TODI | Palma todi adalah mana-mana satu daripada beberapa pokok palma yang mengandungi nira bergula yang boleh digunakan untuk membuat minuman yang ditapai yang dinamakan todi. | UMUM | |
PALMA | Palma ialah sekumpulan pokok, pokok menjalar, dan pokok renek yang biasanya tumbuh dalam iklim panas dan basah, terutamanya di kawasan tropika. | UMUM | |
DE PALMA, RALPH | De Palma, Ralph (1883–1956) ialah perintis perlumbaan kereta lumba Amerika. Pada tahun 1915, dia memenangi perlumbaan 805 kilometer Indianapolis Speedway dan menyandang gelaran pemandu kebangsaan pada tahun 1912 dan tahun 1914 | UMUM | |
PALMA PALMYRA | Palma palmyra ialah pokok yang tumbuh di seluruh India dan di pulau-pulau yang berdekatan serta negeri-negeri lain yang panas. | UMUM | |
PINANG | Pinang ialah pokok palma yang ditanam di Asia. Penduduk di selatan Asia, Indonesia, Filipina, dan timur Afrika mengunyah pinang (biji daripada pokok palma) dan daun sirih. | UMUM | |
ROTAN | Rotan ialah bahan yang liat, berserabut. Ia berasal daripada batang jenis palma yang tumbuh di timur India, Afrika. Pokok ini tergolong dalam genus palma yang dikenali sebagai Calamus . Batang rotan boleh tumbuh sehingga melebihi 150 meter panjangnya. Pokok ini memanjat pokok-pokok lain dengan cangkuk halus pada daunnya. | UMUM | |
LILIN KARNAUBA | Lilin karnauba ialah lilin sayur. Ia didapati daripada daun palma karnauba yang berasal dari Brazil. Untuk mendapatkan lilin karnauba, daun palma karnauba dikeringkan di bawah cahaya matahari sehingga selaput lilinnya bertukar menjadi debu bak tepung. Debu ini dicairkan, disejukkan, dan dibuat menjadi kepingan. | UMUM | |