Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.mah] | ڤامه

Definisi : 1. lembah, tanah yg rendah; 2. rendah (tanah): tanah yg ~; kawasan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.mah] | ڤامه

Definisi : kawasan tanah yg rendah; lembah: Kebanyakan mereka tinggal di tanah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pamah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUK PLENTY

Teluk Plenty ialah teluk yang besar di pantai

tengah utara Pulau Selatan di New Zealand.

Daratan yang bersempadan dengan teluk ini

membentuk tanah pamah Teluk Plenty. Penara

gunung berapi bermula dari tanah pamah ini dan

meninggi kira-kira 300 meter. Industri utama

kawasan ini ialah perladangan tenusu, dan

pelancongan serta tanaman balak kayu lembut di

penara. Bandar utamanya ialah Tauranga.

UMUM 
POLDER

Polder lihat Belanda (Muka bumi; gambar);

Belgium (Muka bumi [Tanah pamah pantai

pedalaman]).

UMUM 
DATARAN PANTAI ATLANTIK

Dataran Pantai Atlantik lihat Amerika

Syarikat (Tanah Pamah Pantai).

UMUM 
KAWASAN TENGAH

Kawasan Tengah, sebagaimana yang

dibayangkan oleh namanya, terletak di tengah

antara Tanah Tinggi dengan Kawasan Tanah Pamah

Tengah Scotland.

UMUM 
PORT LOUIS

Port Louis (pend. 138 482) ialah ibu negara,

bandar terbesar dan pelabuhan terkemuka

Mauritius, negara pulau di Lautan Hindi. Port Louis

terletak di tanah pamah di pantai barat laut pulau

ini yang juga dikenali sebagai Mauritius. Untuk

lokasi, lihat Mauritius (peta). Industri utama bandar

ini ialah pembuatan tekstil, loji memproses

makanan, syarikat perkapalan, dan badan kerajaan.

Gula merupakan keluaran utama Mauritius yang

dieksport melalui Port Louis.

UMUM 
DATARAN BANJIR

Dataran banjir, permukaan pamah berhampiran sungai yang terdiri daripada enapan yang dimendapkan di kiri dan kanan alur sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ORANG ASLI AMERIKA CARIB

Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan

suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan

yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya

tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan

tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal

berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk

kepada suku kaum ini yang memakan tawanan

perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300,

kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari

Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean

yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward.

Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum

Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli

Amerika ).

UMUM 
MIRI

Miri ialah bandar raya yang ketiga terbesar di

Sarawak, selepas Sibu dan Kuching. Ia dikenal

sebagai bandar minyak kerana sumbangannya yang

besar bagi ekonomi industri petroleum.

Penempatan dan perkembangan bandar Miri

tertumpu di sepanjang Sungai Miri dan di tanah

pamah yang panjang, menganjur dari bandar Lutong

di utara hingga ke Bakam di selatan. Miri mengalami

pertumbuhan penduduk yang tinggi. Komuniti lain

yang tinggal di Miri ialah Dayak, Kadazan dan bangsa

Eropah.

UMUM 
TEPUSTumbuhan herba yang tumbuh meluas di kawasan lembap hutan tropika terutama di kawasan hutan tanah pamah.PERTANIANFlora dan Fauna
RANAU

RANAU, daerah di Residensi Pantai Barat Sabah. Ranau dalam bahasa Dusun bererti tanah sawah yang sentiasa basah. Keluasan Ranau ialah 2 977 km persegi. Pekan Ranau terletak di pinggir sebuah sungai dan tanah pamah yang luas, setinggi 914.4 m dari paras laut. Sesetengah orang percaya bahawa di Ranau terdapat sebuah gunung berapi. Ini terbukti dengan adanya mata air panas di Poring, lebih kurang 24 km dari Ranau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas