KONGRES PAN-AFRIKA AZANIA | Kongres Pan-Afrika Azania (Pan-Africanist Congress of Azania – PAC) ialah sebuah parti politik yang mewakili kepentingan orang kulit hitam Afrika Selatan. | UMUM | |
SUKAN PAN AMERIKA | Sukan Pan Amerika ialah rangkaian pertandingan olahraga yang berorientasikan Sukan Olimpik dan dianjurkan oleh Pertubuhan Sukan Pan Amerika yang terdiri daripada 38 buah negara Hemisfera Barat. Sukan ini biasanya diadakan setiap empat tahun sekali. Lihat juga Sukan Olimpik. | UMUM | |
PETER PAN | Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie berjudul <i> The Little White Bird i> (1902). Barrie mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut kepada satu drama berjudul <i> Peter Pan i> (1904). Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul <i> Peter i> <i> Pan in Kensington Gardens i> . Barrie juga menulis novel <i> Peter Pan and Wendy i> (1911). Lihat Barrie, Sir James Matthew. | UMUM | |
PAN | Pan ialah dewa hutan dan padang ragut dalam mitologi Yunani. | UMUM | |
PERSIDANGAN PAN-AMERIKA | Persidangan Pan-Amerika ialah pertemuan perwakilan daripada negara Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pertemuan ini juga dikenali sebagai <i> Persidangan Antara-Amerika i> . Dalam persidangan ini, negara-negara di benua Amerika akan berusaha mewujudkan hubungan yang baik sesama mereka. | UMUM | |
KESATUAN PAN-AMERIKA | Kesatuan Pan-Amerika ialah nama asal badan tetap Pertubuhan Negara-negara Amerika (Organization of American States – OAS). OAS merupakan sebuah persatuan negara Amerika Utara, Amerika Selatan dan Amerika Tengah. | UMUM | |
PIPE | Pipe ialah alat muzik yang merupakan leluhur kepada organ <i> pipe i> pada masa kini dan alat tiup yang lain. <i> Pipe i> mungkin merupakan alat muzik yang paling tua. Menurut legenda Yunani, <i> pipe i> mula-mula direka cipta oleh Pan (lihat Pan ). Manusia prasejarah menggunakan tulang sebagai <i> pipe i> primitif. | UMUM | |
LEBUH RAYA PAN-AMERIKA | | UMUM | |
TAN-TAN | TAN-TAN, kerajaan awal di Nusantara. Namanya mula-mula sekali muncul dalam catatan sumber China, <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sui-shuI>, bersama-sama dengan 10 buah kerajaan lain, antaranya ialah Pan-pan, Chih-tu dan To-lo-mo, yang menghantar perutusan ke negeri China dari tahun 605 M. hingga tahun 616 M. Lokasi kerajaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan ia terletak di India dan ada pula yang mengandaikan ia terletak di Pulau Natuna. Menurut Paul Wheatly, Tan-tan terletak di salah sebuah kuala sungai selepas kuala Sungai Kelantan, iaitu kuala Sungai Besut atau Sungai Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SRIWIJAYA | SRIWIJAYA, kerajaan Melayu-Buddha di Sumatera pada abad ke-7 M. Kerajaan ini berpusat di Palembang. Antara tahun 671 M. hingga 695 M. Sriwijaya berjaya mengembangkan pengaruhnya di kerajaan-kerajaan di Selat Melaka berdasarkan penemuan prasasti Sriwijaya yang terdapat di Palembang, Bangka, Karang Brahi dan Palas Pasemah yang bertarikh 683/684 M. Pada tahun 776 M. kuasa Sriwijaya dipercayai sampai ke selatan Thailand sehingga ke Chaiya dengan merujuk prasasti Ligor. Antara kerajaan yang ditaklukinya ialah Chieh-cha, Pan-pan, Langkasuka dan Takuapa. Pada abad ke-9 M. Sriwijaya menjalin hubungan keluarga dengan dinasti Sailendra yang memerintah di Jawa Tengah. Bukti hubungan kekeluargaan ini dapat dirujuk kepada prasasti Ligor, inskripsi Leiden dan inskripsi Chola. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |