Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n also panama hat, topi panama. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panama


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZON TERUSAN PANAMA

Zon Terusan Panama ialah sejalur tanah di

sepanjang Segenting Panama yang ditadbirkan

oleh Amerika Syarikat dari tahun 1903 hingga

tahun 1979. Terusan Panama, iaitu jalan air yang

menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan

Pasifik, merentas bahagian tengah zon ini.

UMUM 
PANAMA CITY

Panama City (pend. 389 172 ) ialah ibu negara

dan bandar terbesar Panama, sebuah negara di

Amerika Tengah. Ia terletak di hujung Terusan

Panama, di pesisir Lautan Pasifik.

UMUM 
TERUSAN PANAMA

Terusan Panama ialah jalan air yang dibina

merentas Segenting Panama dan menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Terusan ini

adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang

paling besar di dunia. Setelah siap dibina pada

tahun 1914, terusan itu memendekkan perjalanan

kapal di antara New York City dengan San

Francisco hingga menjadi tidak sampai 8370

kilometer. Sebelumnya, kapal yang membuat

perjalanan ini terpaksa belayar mengelilingi

Amerika Selatan – suatu jarak yang melebihi 20 900

kilometer.

UMUM 
PANAMA

Panama ialah sebuah negara kecil di Amerika

Tengah. Negara ini penting kepada seluruh dunia

sebagai pusat pengangkutan. Negara ini meliputi

Segenting Panama, iaitu sejaluran sempit tanah yang

memisahkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik

berdekatan dengan bahagian tengah Hemisfera

Barat. Segenting itu direntas oleh Terusan Panama

bagi menghubungkan kedua-dua lautan tersebut.

Beribu-ribu buah kapal menggunakan terusan ini

setiap tahun untuk pergi dari sebuah lautan ke

lautan yang lain. Dengan berbuat begitu, kapal-kapal

ini dapat mengelakkan pelayaran yang jauh

mengelilingi hujung selatan benua Amerika Selatan.

Oleh yang demikian, Panama memainkan peranan

yang utama dalam sistem pengangkutan dunia.

Kadang-kadang negara ini juga dikenali sebagai

Persimpangan Jalan Dunia disebabkan peranannya

itu semenjak tahun 1914.

UMUM 
SUNGAI CHAGRES

Sungai Chagres ialah sumber air yang utama

bagi Terusan Panama. Sungai ini bermula dari

pergunungan di sebelah timur Panama, mengalir ke

barat daya, dan mengalir masuk ke Tasik Gatun –

sebahagian daripada laluan di Terusan Panama.

Lihat juga Terusan Panama (Tasik Gatun).

UMUM 
NORIEGA, MANUEL ANTONIO

Noriega, Manuel Antonio (1934– ) ialah ketua

tentera yang berkuasa di Panama dari tahun 1983

hingga tahun 1989. Pada bulan Disember 1989,

Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah

mengarahkan tenteranya ke Panama. Menurut Bush,

tenteranya dihantar atas tindak balas pembunuhan

leftenan tentera marin Amerika Syarikat oleh tentera

Panama , dan hukuman atas perdagangan dadah oleh

Noriega. Pada Januari 1990, Noriega menyerah diri

kepada pegawai Amerika Syarikat dan dibawa ke

Amerika Syarikat untuk perbicaraan.

UMUM 
PERJANJIAN HAY-PAUNCEFOTE

Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan

Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah

ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great

Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut

memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat

untuk membina atau mengawasi kerja-kerja

pembinaan terusan yang merentangi segenting di

Amerika Tengah dan juga hak untuk

menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran

laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang

sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan,

Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada

mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa

Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk

mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut.

UMUM 
MORGAN, SIR HENRY

Morgan, Sir Henry (1635?–1688) ialah bajak

laut (lanun) Inggeris yang terkenal. Pada

zamannya, England dan Sepanyol berseteru dalam

perdagangan dan perebutan tanah jajahan.

Morgan menyerang kapal Sepanyol dan bandar-bandar

dalam tanah jajahan Sepanyol di Hindia

Barat, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan. Pada

tahun 1671, dialah yang menyebabkan

kemusnahan Panama City, Panama, iaitu bandar

Sepanyol yang terbesar di Amerika Tengah.

UMUM 
SEGENTING

Segenting ialah jalur tanah sempit yang

menghubungkan tanah besar. Sesetengah

segenting menghubungkan dua benua. Segenting

Panama menghubungkan Amerika Utara dengan

Amerika Selatan. Segenting yang lain pula

menghubungkan benua dengan semenanjung.

Segenting Kra terletak di antara Thailand (Siam)

di Asia dengan Semenanjung Tanah Melayu

(Malaysia).

UMUM 
MERBUK MERATAP

Merbuk meratap ialah burung di Amerika

yang mengeluarkan bunyi koo yang sedih. Ia

membiak dari selatan Kanada hingga ke Mexico,

dan berhijrah ke selatan sejauh Panama pada

musim sejuk. Burung ini lebih kurang 30

sentimeter panjangnya. Ia berwarna perang

kekelabuan, dan sedikit warna samar di dadanya.

Tepi ekornya berwarna putih dan berbintik-bintik

hitam. Burung ini terbang laju.

UMUM 
12

Kembali ke atas