Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.ca] | ڤنچا

Definisi : 1. kelima-lima jari tangan; main ~ berlawan kekuatan dgn pulas-memulas jari atau tangan; 2. lima. berpanca berlawan kekuatan dgn pulas­-memulas (tolak-menolak) jari atau tangan, main panca; memancakan menyatukan (menyelang-nye­likan) jari-jari satu tangan dgn jari-jari tanganyg lain: ia ~ jarinya ke jari tangan Ramli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ca] | ڤنچا

Definisi : NS hadiah bunga telur dan pulut dlm bekas kayu yg berkaki dan dihiasi dgn bunga kertas (waktu perkahwinan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.ca] | ڤنچا

Definisi : 1 tangan berserta kelima-lima jari: (ber)main ~ beradu kuat dgn memulaskan atau menolak-nolak tangan lawan. 2 lima (biasanya dlm kata majmuk saja): ~indera. berpanca berlawan memulaskan tangan; beradu kuat tangan; bermain panca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panca


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SI LUNCAI

SI LUNCAI,  cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita jenaka Melayu.  Cerita ini disadur daripada hikayat Hindu tua, iaitu Jataka, Panca Tanderan dan Katha Sarit Sagara.  Cerita Si Luncai telah diubahsuai sehingga menjadi sebahagian warisan tradisi setempat.  Cerita ini telah sebati dengan masyarakat Melayu dan mereka menganggap watak Si Luncai sebagai manusia yang hidup di Alam Melayu.  Struktur cerita Si Luncai yang menarik dan mudah membolehkannya diceritakan oleh sesiapa sahaja dalam bentuk pertuturan seharian.

SASTERAKarya
CERITA BERBINGKAI

CERITA BERBINGKAI, cerita yang mempunyai satu cerita pokok yang menjadi bingkai atau dasarnya, kemudian terdapat beberapa cerita sisipan sebagai bantuan. Cerita ini ialah hasil sastera asing yang diterjemah dan disadur ke dalam sastera Melayu. Cerita atau hikayat berbingkai ini sangat terkenal dalam kesusasteraan India, Parsi dan Arab. Mengikut R.O. Winstedt cerita tersebut telah timbul dan dikenal oleh bangsa Melayu sejak abad ke-16 lagi. Pada umumnya, cerita tersebut menggunakan bahasa Melayu yang baik. Cerita berbingkai yang terkenal dalam sastera Melayu ialah Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayat Panca Tanderan, Hikayat Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas