Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : kayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dll); ~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~ digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pen­diriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll); memancang 1. memacak pancang, mema­sang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkah­winan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang; memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~ beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dlm penerbitan dll); terpancang 1. sudah dipancangkan, terca­cak: di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai; matanya ~ ke pintu kamar itu; pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya; pemancangan perihal atau perbuatan me­mancang(kan) sesuatu: upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : ; ~ bendera sj ikan laut, Parachaetodon ocellatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cang] | ڤنچڠ

Definisi : potongan kayu dll yg dipacakkan ke tanah utk menandakan sempadan, tempat menambat perahu dll. memancang 1 memasang pancang; memacakkan pancang: ~ tanah kebun. 2 tegak spt pancang: Tiang-tiang bendera ~ di kiri kanan jalan. memancangkan memacakkan pancang ke tanah: ~ tiang turus pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancang
Rujuk :pacak

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hati bagai baling-baling.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 
KRIKET

Kriket ialah permainan yang dimainkan dengan

kayu pemukul dan bola oleh dua pasukan yang

terdiri daripada 11 pemain dalam setiap pasukan.

Permainan ini terutamanya popular di Britain, dan

di banyak negara yang pernah menjadi koloni British.

Kriket dimainkan di padang rumput berbentuk

bulat atau bujur. Pergerakan tertumpu pada sebidang

padang di antara dua wiket yang dinamakan

lapangan tengah (pitch). Setiap wiket terdiri daripada

tiga kayu pancang dan dua batang kayu yang

dinamakan anak pancang yang terletak di atas kayu

pancang.

UMUM 
ORGAN TANGAN

Organ tangan ialah nama umum untuk

beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan

muzik apabila pemainnya memutar hendalnya.

Jenis yang paling umum ialah organ putar, atau

organ piano, yang dimainkan oleh pemuzik jalanan.

Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang

mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan

silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana

pancang disusunkan. Apabila tong dipusing,

pancang akan membuka injap pada paip tertentu.

Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk

udara ke dalam paip yang terbuka lalu

mengeluarkan muzik.

UMUM 
SERVETUS, MICHAEL

Servetus, Michael (1511–1553), doktor dan ahli

teologi Sepanyol. Huraiannya tentang peredaran

pulmonari dianggap sebagai satu laluan klasik

dalam ilmu fisiologi. Dia lahir di Tudela, Sepanyol,

dan belajar ilmu perubatan di Paris. Dia menjadi

pensyarah di Paris dan kemudian mengamalkan

bidang perubatan di beberapa bandar di Perancis.

Servetus tidak disukai oleh pihak berkuasa gereja

Katolik Roman dan juga Protestan. John Calvin

secara khususnya, mengecam Servetus kerana

enggan bersetuju dengan doktrin yang telah

diterima umum. Servetus akhirnya dibicarakan,

dituduh sebagai seorang penyeleweng agama,

dan dibakar di sebuah pancang di Champel,

Switzerland .

UMUM 

Kembali ke atas