Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cut] | ڤنچوت

Definisi : ; memancut keluar dgn deras (kerana tekanan), memancar: air ~ dr muka bumi; memancutkan mengeluarkan air dll dgn deras, memancarkan, memancurkan: belerang itu akan menjadi cair dan dipancutkan keluar oleh udara yg ditekan masuk; terpancut ki terkeluar (terbit dll) dgn tiba-tiba: ~ dr mulut Wan Derus perkataan “celaka”; pancutan (air dll) yg memancut: tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn ~ air; ~ angin; pemancutan proses memancutkan sesuatu; pemancut alat utk memancutkan air, cecair, dsb: hos ~ air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cut] | ڤنچوت

Definisi : ; memancut keluar dgn deras kerana tekanannya tinggi (bkn cecair); memancar: Di setengah-setengah tempat di New Zealand, terdapat air menggelegak ~ berkaki-kaki tingginya ke udara. memancutkan mengeluarkan air dll dgn deras (kerana tekanan tinggi); memancarkan: Monyet itu ~ air dr paip ke arah kami. terpancut keluar dgn tiba-tiba kerana ditekan, dipicit dll: Buah itu dipicitnya hingga ~ isinya. pancutan air dll yg keluar dgn memancut: ~ air itu berbunyi dan drpd bunyi itulah terdapatnya nama Zamzam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancur
Kata Terbitan : memancur, terpancur, pancuran, pancut, memancut, memancutkan, terpancut, pancutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIR PANCUT REMAJA

Air pancut remaja (Fountain of Youth) ialah

mata air khayalan. Banyak cerita legenda

menceritakan  air pancut ini di Eropah dan

Amerika. Airnya dipercayai boleh membuatkan

orang tua menjadi muda dan menyembuhkan

pelbagai jenis penyakit.

UMUM 
AIR PANCUT

Air pancut ialah satu arus air yang naik

memancut secara semula jadi atau tiruan hasil

daripada tekanan.

UMUM 
ARCHIBALD MEMORIAL FOUNTAIN

Archibald Memorial Fountain, di hujung

sebelah utara Taman Hyde di Sydney, dibuat untuk

memperingati bagaimana Perancis dan Australia

berperang bersama semasa Perang Dunia I (1914–

1918). Air pancut ini mempunyai patung-patung

tembaga berbentuk objek-objek klasik. Ia direka

oleh Francois Sicard, pengukir dari Paris. Air pancut

ini merupakan hadiah untuk rakyat Sydney menurut

wasiat Jules Francois Archibald, seorang penulis

Australia yang mengasaskan majalah The Bulletin .

UMUM 
PISISTRATUS

Pisistratus ( ? – 572 S.M.) ialah pemerintah

Athens purba yang terkenal. Dia mengambil

rakyat miskin untuk berkerja membuat projek

awam seperti pembinaan kuil dan taman air

pancut.

UMUM 
SENI BINA ISLAM

Seni bina Islam adalah salah satu bidang

penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti

dengan keupayaan para arkitek Islam membina

pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri

keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan

pondok. Contoh seni bina bercorak moden

termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan,

agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta

bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti

kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem

tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan

peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya

berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat.

UMUM 
TERRACOTTA

Terracotta ialah sejenis barang tembikar yang

keras dan tahan lama. Seperti barang tembikar

yang lain, terracotta dibuat daripada sejenis tanah

liat yang dibakar. Warnanya berbagai-bagai, iaitu

daripada warna kuning pucat dan warna coklat

hinggalah kepada berbagai-bagai warna merah.

Terracotta biasanya tidak diglis. Terracotta

digunakan dengan meluas untuk membuat pasu

bunga, air pancut, jubin, hiasan seni bina, dan arca

hiasan taman. Oleh sebab terracotta mudah

dibentuk, ramai pengarca menggunakannya untuk

membuat model awal. Terracotta berkembang

pada zaman prasejarah. Orang Yunani dan Rom

purba menggunakan bahan ini untuk membuat

objek hiasan, di samping talang, paip, dan bahan

binaan lain. Perkataan terracotta berasal daripada

perkataan Itali yang bermaksud “tanah masak”.

UMUM 
PONCE DE LEÓN, JUAN

Ponce de León, Juan (1474–1521) ialah

penjelajah Sepanyol. Dia mengetuai ekspedisi

Eropah yang pertama sampai ke Florida, Amerika

Syarikat. Ponce de León menjelajahi banyak

bahagian Florida dalam usahanya untuk mencari

mata air khayalan yang dipanggil Fountain of Youth

(Air Pancut Remaja). Mata air ini, kononnya, akan

mengembalikan keremajaan seseorang itu apabila

dia mandi di dalamnya atau meminum airnya.

UMUM 

Kembali ke atas