Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu me­nyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu mem­buat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pan­dai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.dai] | ڤنداي

Definisi : 1 lekas mengerti serta faham akan sesuatu yg diajarkan; tidak bodoh; cerdik: Dlm darjahnya, dialah yg paling ~. 2 tahu serta dpt melakukan sesuatu; mahir: Bapa saya ~ berbahasa Jerman. 3 orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan; tukang: ~ emas tukang emas. memandai-mandai berbuat sesuatu mengikut fikiran sendiri; berbuat sekehendak hati; berlagak pandai: Jika tidak tahu, tak usahlah ~. kepandaian keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Memasang jerat sudah lama,
     Dapat seekor burung nuri;
Saya pergi tiada lama,
     Pandai-pandai menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(146)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMPUA

Tempua ialah sejenis burung yang pandai

menyanyi yang terdapat di kawasan tropika di

China, India, Malaysia, dan Filipina. Ia mendapat

namanya tailorbird dalam bahasa Inggeris daripada

cara ia membina sarang dalam daun besar yang

berlipat. Ia menjahit tepi daun dengan beberapa

utas bebenang sutera atau bulu atau serat sayur

dengan menggunakan paruhnya sebagai jarum.

Sarang di dalam daun ini dibuat daripada bulu gebu

tumbuhan dan rumput halus dan bulu. Tempua

betina bertelur tiga atau empat biji pada satu masa.

Tempua berbeza-beza warnanya daripada putih

kemerahan atau hijau kebiruan dan ditandai merah

keperangan. Tempua panjangnya 10 hingga 15

sentimeter panjang. Terdapat sembilan spesies.

Pengelasan saintifik . Tempua tergolong dalam

subfamili Sylviinae dari famili Muscicapidae. Ia adalah

genus Orthotomus .

Lihat juga Burung (gambar: Jenis sarang burung).

UMUM 
PERANTIS

Perantis ialah seseorang yang mempelajari

sesuatu kemahiran dengan bekerja di bawah

bimbingan seorang yang pandai dan mahir.

Perantis bekerja dalam sektor pembinaan, kerja

logam, percetakan, dan kemahiran-kemahiran lain.

Ramai majikan dan kesatuan secara bersama

menyediakan program perantisan. Kebanyakan

perantis menerima gaji dan bekerja mengikut

waktu tetap. Mereka yang telah tamat perantisan

menjadi pekerja terlatih (pekerja mahir).

UMUM 
SOLON

Solon (639?˙–559? S.M.) ialah penggubal undangundang

yang masyhur. Dia terkenal sebagai salah

seorang daripada tujuh orang bijak pandai Yunani.

UMUM 
SAFFAH, ABU AL-ABBAS' AL

Saffah, Abu al-Abbas’ al (104–136 H./ 722–754

M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah

seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah

Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-

Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai

al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qa’im

(Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di

al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika

Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya

berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M.

Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu

kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka

melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal

132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan

Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah

yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani.

Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan

Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di

Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin

Khurasan sebagai mengenangkan jasanya.

UMUM 
PERTUKANGAN

PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin.

BUDAYAKraf Tangan
BURUNG BAYAN

Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili

burung nuri. Burung bayan berwarna terang

dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru,

jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada

pendek dan bersegi empat, atau panjang dan

meruncing.

Burung bayan biasanya merupakan haiwan

kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah

akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai

kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit

mainan.

UMUM 
PERTUKANGAN TEMBAGA

PERTUKANGAN TEMBAGA, kemahiran menghasilkan barangan yang dibuat daripada tembaga dan tukang barangan tersebut dipanggil pandai tembaga. Hampir semua barangan yang dihasilkan daripada tembaga digunakan untuk keperluan harian ataupun untuk upacara adat istiadat. Biasanya harga barangan tembaga lebih murah daripada barangan yang diperbuat daripada emas dan perak.

BUDAYAKraf Tangan
PERTUKANGAN PERAK

PERTUKANGAN PERAK, kemahiran menghasilkan barangan yang diperbuat daripada perak dan tukang barangan tersebut dipanggil pandai perak. Pertukangan perak banyak dihasilkan di Kelantan, Terengganu dan Perak.

BUDAYAKraf Tangan
AIREDALE TERRIER

Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang

besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram

apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna

hitam atau putih di belakangnya dan warna perang

di bahagian badannya yang lain. Anjing ini

dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara

England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira

pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya

ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah

anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing

pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia

juga pandai berenang.

UMUM 
ZAINUDDIN LABAI EL-YUNUSIZAINUDDIN LABAI EL-YUNUSI  (1890-1924), ulama Indonesia.  Dia lahir di Padang Panjang, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Zainuddin Labai bin Syekh Muhammad Yunus Pandai Sikat. Ayahnya juga seorang ulama. Zainuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Gubernement, hingga Darjah Empat. Di samping itu dia mendapat pendidikan agama daripada ayahnya. Setelah kematian ayahnya pada tahun 1904, dia tidak meneruskan pelajarannya. Selepas itu dia pernah belajar dengan Haji Abdullah Ahmad di Padang,dan Syekh Abbas di Padang Japang, di samping menjadi guru bantu.  Pada tahun 1913, dia pulang ke Padang Panjang dan mengajar di surau Jambatan Besi.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas