Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pandangannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCHOPENHAUER, ARTHUR

Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah

ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana

pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya

yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh

ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak

daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan

bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera

kita adalah perlambangan semata-mata. Yang

dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan

dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah

memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri.

Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita,

kita mengubahnya.

UMUM 
PERBICARAAN

Perbicaraan ialah kaedah menyelesaikan

pertikaian di dalam mahkamah undang-undang

melalui kaedah lisan. Dalam kebanyakan kes,

setiap pihak yang bertelingkah menggunakan

khidmat peguam untuk mewakilkan

pandangannya, mengemukakan bukti, dan

menyoal para saksi. Kebanyakan perbicaraan

merupakan perbicaraan berjuri. Dalam

sesetengah perbicaraan, pihak defendan

dibicarakan oleh seorang hakim atau panel

hakim, dan bukannya juri.

UMUM 
ASCHAM, ROGER

Ascham, Roger (1515–1568), guru peribadi

kepada Puteri Elizabeth. Puteri Elizabeth kemudian

Ratu England dikenali sebagai Ratu Elizabeth I.

Ascham menjadi pengarang The Schoolmaster

(1570). Dalam buku ini, Ascham melahirkan

pandangannya tentang pendidikan, berasaskan

pengalamannya. Dia menekankan betapa

pentingnya pembacaan. Ascham lahir di Kirby

Wiske, dekat Northallerton, di Yorkshire Utara.

UMUM 
MOSLEY, SIR OSWALD

Mosley, Sir Oswald (1896–1980), menubuhkan

Kesatuan Fasis British pada tahun 1930-an. Dia

dan pengikutnya yang berbaju hitam terlibat

dalam rusuhan terutamanya di kawasan East End,

London. Dalam Perang Dunia II (1939–1945),

Mosley ditahan kerana pandangannya yang pro-

Jerman. Kemudian, dia cuba menghidupkan

semula fahaman fasis di United Kingdom. Mosley

lahir di London. Dia dipilih menjadi ahli parlimen

Parti Konservatif bagi kawasan Harrow pada

tahun 1918. Pada tahun 1926, dia dipilih pula

sebagai ahli parlimen Parti Buruh untuk kawasan

Smethwick. Dia bersara pada tahun 1930 dan

menubuhkan partinya sendiri.

UMUM 
OLMSTED, FREDERICK LAW

Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah

arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis

isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk

oleh konsepsinya tentang masyarakat

bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan

tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula

bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan

menggalakkan pekerti halus dan budaya yang

pada pandangannya mampu diperoleh oleh

warganegara sesebuah republik.

UMUM 
SPINOZA, BARUCH

Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah

Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu

nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di

bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan

Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi

sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal

agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan

oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka

pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa

buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan

bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang

kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong

fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan

politik. Dia sangat menghargai kebebasannya,

sehingga dia menolak tawaran wang persaraan

daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga

tawaran jawatan sebagai profesor universiti di

Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang,

Spinoza merupakan seorang yang kontroversial

sebab pandangannya yang amat menyimpang

terhadap hal agama, falsafah, dan politik.

UMUM 

Kembali ke atas