TUMBUK LADA | TUMBUK LADA, sejenis senjata untuk menikam. Tumbuk lada yang terdapat di Semenanjung Malaysia berasal dari Sumatera dan ia dianggap senjata yang istimewa, terutama sekali bagi suku kaum Minangkabau. Senjata ini dikenali dengan panggilan nama tumbuk lading. Di Negeri Sembilan dan di Minangkabau, senjata ini dipakai oleh datuk-datuk dan pegawai masyarakat berpangkat rendah sebagai senjata istiadat. | BUDAYA | Alat/Alatan |
MOOSE | Moose ialah nama bagi anggota yang paling besar dalam famili rusa di Amerika Utara. Namanya mungkin berasal daripada bunyi panggilan yang kuat, meninggi oleh moose jantan. Di Eropah, moose dikenali sebagai elk (lihat Elk). Terdapat enam jenis subspesies moose yang berkeliaran di utara hutan konifer di Hemisfera Utara. Moose sering memakan rumpair air di tasik cetek pada waktu subuh dan senja. | UMUM | |
ROUGH RIDERS | Rough Riders ialah nama panggilan bagi satu rejimen Amerika yang terkenal kerana berjuang di bawah pimpinan Theodore Roosevelt semasa peperangan antara Sepanyol-Amerika pada tahun 1898.
|