Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gung] | ڤڠݢوڠ

Definisi : 1. lantai yg bertiang (utk meninjau-ninjau dll); rumah ~ a) rumah yg bertiang (tinggi); b) rumah bertingkat; 2. pentas tinggi tempat bermain sandiwara dll; ~ wayang (gambar) tempat menayangkan wayang gambar; seri ~ pelakon bangsawan (sandiwara) yg utama (terkemuka); 3. tempat duduk penon­ton yg tinggi (di stadium dll); 4. penonton wayang dll; berpanggung mempunyai panggung: rumah Melayu awal ialah rumah ~ dan berbumbung lipat kajang; memanggung mengangkat; ~ kepala meng­angkat kepala: Tukya ~ kepala melihat Besah yg bertimpuh di sisi Lamin; memanggungkan memainkan sandiwara di panggung, mementaskan; panggungan 1. lantai yg tinggi utk meninjau (menonton dll); 2. penonton (wayang dll); pemanggungan kegiatan (usaha) memper­sembahkan sandiwara di panggung, pemen­tasan (sandiwara) di panggung: di tangannya sudah ada tradisi penulisan skrip, pengarahan, ~, dan aspek-aspek pementasan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.gung] | ڤڠݢوڠ

Definisi : 1 lantai yg dibina agak tinggi utk tempat bermain sandiwara dll; pentas: Dia memang sudah biasa bernyanyi di ~. 2 tempat duduk yg bertingkat-tingkat utk penonton: Penonton terlalu banyak sehingga ~ menjadi penuh sesak. ~ wayang bangunan berpentas tempat menayangkan wayang gambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggung (kata nama)
Bersinonim dengan pentas, panggung opera, auditorium, studio;,
Kata Terbitan : memanggungkan,

Puisi
 

Hari Ahad pergi ke panggung,
     Melihat cerita Seri Andalas;
Hati rindu tidak tertanggung,
     Budi tuan tidak terbalas.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERI PANGGUNG

SERI PANGGUNG, gelaran untuk watak wirawati dalam drama bangsawan. Dalam persembahan bangsawan, apabila seseorang sudah bergelar seri panggung bererti orang itu pelakon yang terkenal dan serba berkebolehan.  Pelakon utama lelaki dalam bangsawan  pula dipanggil orang muda.

BUDAYAJawatan/Gelaran
ISTANA BUDAYA

Istana Budaya ialah bangunan yang menempatkan Panggung Negara Malaysia, tempat aktiviti kesenian negara diadakan.

KESENIANInstitusi/Organisasi
MILHAUD, DARIUS

Milhaud, Darius (1892–1974), penggubah lagu

kelahiran Perancis yang terkenal kerana hasil

karyanya dalam persembahan pentas. Milhaud

menghasilkan 15 opera, 13 balet, dan muzik untuk

balet yang lain serta untuk panggung wayang.

Penyair Perancis yang bernama Paul Claudel menulis

libretto (seni kata) untuk beberapa buah karya

UMUM 
SPENCE, SIR BASIL URWIN

Spence, Sir Basil Urwin (1907–1976) ialah arkitek

British, yang paling dikenal kerana hasil rekaannya,

Coventry Cathedral dan University of Sussex, di

Brighton. Dengan teknik dan bahan moden yang

digunakan secara tradisional, dia telah mereka

bentuk gereja, hospital, rumah, taman perumahan,

pameran, pangsapuri, sekolah, panggung dan

bangunan universiti. Antara reka bentuknya

termasuklah sebuah sekolah yang lengkap di

Sydenham, Kent, dan Sekolah St. Martin di

Shrewsbury, Shropshire. Hasil kerjanya juga dapat

dilihat di universiti di Liverpool, Durham,

Southampton, Nottingham, Glasgow dan Exeter.

Spence turut terlibat dalam mereka bentuk bandar

baru Basildon, Essex dan Hartfield, Hertfordshire dan

di Glasgow.

UMUM 
BROADWAY

Broadway ialah drama atau lakon muzika yang dipentaskan di panggung teater yang mempunyai 500 atau lebih tempat duduk, di New York.

KESENIANKonsep
FILEM MELAYU

FILEM MELAYU, sumber hiburan baharu orang Melayu yang mula berkembang di tanah Melayu  pada awal tahun 1900. Pertunjukan filem secara komersial bermula pada tahun 1907 di Singapura apabila sebuah panggung wayang yang pertama bernama Alhambra didirikan oleh pengusahanya, Tuan Willis. Selain itu, filem juga ditayangkan di dewan-dewan dari satu bandar ke satu bandar dan di kawasan lapang di bandar-bandar kecil. Dengan kegiatan ini, perusahaan penayangan filem menjadi satu perniagaan baharu dan berkembang pesat di Tanah Melayu pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KOTAKU OH KOTAKU

KOTAKU OH KOTAKU, drama lima babak karya Johan Jaafar. Drama ini dipentaskan buat kali pertama di panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975. Pengarah drama ini ialah Johan Jaaffar sendiri dan dilakonkan oleh ahli Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA).

BUDAYAKarya
KEKAWIN

KEKAWIN, cerita berirama. Kekawin juga dikenal sebagai kakawin (Jawa-kuno) atau kakawen dan kakawian (Sunda). Kekawin selain disenandungkan, biasa pula ditembangkan oleh dalang sewaktu memainkan wayang golek dan wayang kulit atau jenis wayang lainnya di panggung. Jadi cerita ini bertembang yang juga disebut tembang gede (nyanyian, senandung besar). Tembang gede itu dalam kitab-kitab kuno masih menurut syarat-syarat Hindu, dengan jalan irama yang tetap dan tidak boleh berubah sedikit pun.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
SIPUT SARAWAK

SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem.  Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun.  Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah.  Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara.  Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia.  Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu.  Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya.  Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal.  Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas