MILHAUD, DARIUS | Milhaud, Darius (1892–1974), penggubah lagu kelahiran Perancis yang terkenal kerana hasil karyanya dalam persembahan pentas. Milhaud menghasilkan 15 opera, 13 balet, dan muzik untuk balet yang lain serta untuk panggung wayang. Penyair Perancis yang bernama Paul Claudel menulis libretto (seni kata) untuk beberapa buah karya | UMUM | |
FILEM MELAYU | FILEM MELAYU, sumber hiburan baharu orang Melayu yang mula berkembang di tanah Melayu pada awal tahun 1900. Pertunjukan filem secara komersial bermula pada tahun 1907 di Singapura apabila sebuah panggung wayang yang pertama bernama Alhambra didirikan oleh pengusahanya, Tuan Willis. Selain itu, filem juga ditayangkan di dewan-dewan dari satu bandar ke satu bandar dan di kawasan lapang di bandar-bandar kecil. Dengan kegiatan ini, perusahaan penayangan filem menjadi satu perniagaan baharu dan berkembang pesat di Tanah Melayu pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KEKAWIN | KEKAWIN, cerita berirama. Kekawin juga dikenal sebagai kakawin (Jawa-kuno) atau kakawen dan kakawian (Sunda). Kekawin selain disenandungkan, biasa pula ditembangkan oleh dalang sewaktu memainkan wayang golek dan wayang kulit atau jenis wayang lainnya di panggung. Jadi cerita ini bertembang yang juga disebut tembang gede (nyanyian, senandung besar). Tembang gede itu dalam kitab-kitab kuno masih menurut syarat-syarat Hindu, dengan jalan irama yang tetap dan tidak boleh berubah sedikit pun. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |