Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.si] | ڤڠسي

Definisi : 1. paku gasing, paksi; 2. (Kej) paksi pd motokar (enjin dll); berpangsikan ki menganggap atau menjadi­kan sesuatu sbg keutamaan (teras, dasar dsb), berteraskan, berdasarkan, bertunjangkan: gaya hidup yg ~ mutu telah mendorong ramai orang menggunakan kristal sbg hiasan; memangsikan memasang (mengenakan) pangsi pd, menempatkan di atas pangsi, mele­katkan (menyambungkan) dgn pangsi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.si] | ڤڠسي

Definisi : C sj kain sutera hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.si] | ڤڠسي

Definisi : 1 paku gasing. 2 pin di bahagian tengah sesuatu alat yg memungkinkan bahagian tertentu berpusing (bergerak, seimbang dsb). ~ bahu pangsi yg terdapat pd enjin kereta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pangsi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SESENDAL

Sesendal ialah silinder berongga yang

digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam

bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat

elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin

digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi

untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga

mungkin digunakan untuk menyambungkan paip

dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.

Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada

plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam

antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat

elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk

menebat sambungan litar.

UMUM 

Kembali ke atas