Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ni.tia] | ڤنيتيا

Definisi : jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebab-sebab bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ni.tia] | ڤنيتيا

Definisi : sekumpulan orang yg diberi tugas mengurus sesuatu; jawatankuasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panitia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIAGAM JAKARTAPIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KAMUS LATIN-INDONESIA

KAMUS LATIN-INDONESIA, kamus yang disusun oleh Drs K. Prent C.M. Drs. J. Adisubrata dan W.J.S. Poerwadarminta. Kamus ini diterbitkan oleh Penerbitan Yayasan Kanisius, Semarang, Indonesia pada tahun 1969. Kamus Latin-Indonesia adalah hasil keputusan sidang Panitia Waligereja Indonesia untuk Seminar pada tahun 1961. Panitia itu mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyusun sebuah kamus Latin-Indonesia untuk kegunaan orang ramai.

BAHASAPenerbitan
UNDANG-UNDANG DASAR 1945

UNDANG-UNDANG DASAR 1945, undang-undang dasar yang diperakukan di negara Indonesia.  Undang-undang dasar ini disahkan pada 18 Ogos 1945 oleh suatu badan yang disebut Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang anggotanya diwakili oleh semua golongan di Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MAJLIS BAHASA INDONESIA-MALAYSIA

Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ialah badan bahasa peringkat serantau, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972 hasil daripada pertemuan pertama antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan (PAKERSA) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur.

BAHASAInstitusi/Organisasi
TELEGRAM

TELEGRAM, novel karya Putu Wijaya. Novel ini telah memenangi hadiah pertama dalam sayembara mengarang novel yang diselenggarakan oleh Panitia Tahun Buku Internasional 1972. Telegram telah diterbitkan pada tahun 1973 oleh Pustaka Jaya, Jakarta.

SASTERAKarya
MBIM

MBIM, badan bahasa.  MBIM ialah singkatan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972.  Penubuhan MBIM hasil daripada persidangan antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan Indonesia-Malaysia (Pakim) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur.

BAHASAKegiatan

Kembali ke atas