Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKOCI

SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan.  Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat.   Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang.  Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
PAYANG

PAYANG, sejenis perahu layar yang digunakan oleh nelayan untuk menangkap ikan di laut dalam.  Payang biasanya berukuran antara 10 m hingga 13 m panjang dan 1.8 m lebar di bahagian perut.  Payang yang lebih besar mempunyai ukuran sehingga 13.7 m panjang dan 4 m lebar di bahagian tengah perut.  Payang boleh nemuatkan antara 20 hingga 25 orang awak-awak.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
BEDAR

BEDAR, sejenis perahu besar biasanya berukuran antara 10 m hingga 16 m panjang, 1.7 m hingga 2 m tinggi dan 3 m lebar.

BUDAYAKonsep
PULAU LUNDY

Pulau Lundy ialah pulau di Selat Bristol di luar

pantai utara Devon di United Kingdom. Ia terletak

kira-kira 39 kilometer ke barat Ilfracombe dan 19

kilometer ke utara Tanjung Hartland. Ia berukuran

empat kilometer panjang 1 kilometer lebar. Pulau

ini merupakan balai cerap burung yang dikawal

oleh British Trust for Ornithology. Banyak burun<i> g i>

<i> puffin i>membiak di Pulau Lundy. Peninggalan Istana

Kota Marisco masih terdapat di pulau tersebut.

Lundy dimiliki oleh National Trust.

UMUM 
METER

Meter ialah unit asas panjang dalam sistem metrik

Simbolnya ialah <i>mi>. Satu meter bersamaan dengan

39.37 inci. Ahli sains mentakrif meter sebagai jarak

perjalanan cahaya dalam vakum dalam 299 792 458

sesaat. Dari tahun 1960 hingga 1983, panjang meter

ditakrif sebagai 1 650 763.73 panjang gelombang

cahaya merah-jingga dari isotop kripton-86, yang

diukur dalam vakum. Standard ukuran ini

menggantikan bar meter platinum-iridium. Lihat

juga Sentimeter.

UMUM 
SUNGAI MURRAY

Sungai Murray dan cawangan-cawangan

sungainya membentuk sistem sungai terbesar di

Australia. Kawasan tadahannya yang meliputi

1 056 720 kilometer persegi terletak di sudut

tenggara benua itu. Ia meliputi satu per tujuh

jumlah kawasan seluruh Australia. Panjang Sungai

Murray ialah 2589 kilometer. Cawangan Sungai

Murray yang utama ialah Sungai Darling yang

berukuran 2740 kilometer panjang, Sungai

Murrumbidgee yang berukuran 1575 kilometer

panjang; dan Sungai Goulburn yang berukuran 560

kilometer panjang. Sungai Murray-Darling

merupakan sistem sungai yang keempat

terpanjang di dunia. Aliran sungai yang melalui

Condamine, Darling, dan Murray hingga ke laut

berukuran sejauh 3782 kilometer.

UMUM 
SUMPITANKapsyen1">          :1">           Sumpitan digunakan sebagai alat memburu bagi suku kaum Penan

 

SUMPITAN, senjata yang diperbuat daripada buluh yang digunakan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku kaum peribumi di Sabah dan Sarawak.  Sumpitan diperbuat daripada buluh yang lurus dan beruas panjang.  Buluh ini diproses dan segala yang menghalang lubangnya dibersihkan.  Untuk mengelakkannya daripada dimakan bubuk atau serangga, buluh ini dilayur di atas bara api dan dipusing-pusingkan dari pangkal hingga ke hujung.  Sekiranya ruas buluh itu pendek, ia akan disambung dan saluran dalamannya hendaklah sama supaya mudah mengenai sasarannya.  Panjang sebatang sumpitan yang baik ialah antara 2 m hingga 3.7 m.

BUDAYAAlat/Alatan
BUTLER, SAMUEL

Butler, Samuel (1613–1680) ialah penyair Inggeris

dan penulis satira. Dia paling terkenal kerana

puisinya yang panjang, <I>Hudibras I>(bahagian 1,

1663; bahagian II,1664; bahagian III, 1678).

UMUM 
SUTAN SJAHRIRKapsyen1">          :1">           Sutan Sjahrir

 

SUTAN SJAHRIR, (1909-1966), ahli politik, Perdana Menteri Indonesia yang pertama. Dia lahir pada 5 Mac 1909, di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sutan Sjahrir M. Rasyad. Bapanya bergelar Maharajo Sutan, seorang jaksa yang berasal dari Kota Gadang, Sumatera Barat, sedangkan ibunya kelahiran Natal, Tapanuli. Dia mengikut orang tuanya berpindah ke Jambi dan kemudiannya ke Medan. Pada tahun 1915, dia belajar di Europeesche Lagere School (ELS). Antara tahun 1923 hingga 1926, dia belajar di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO). Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Algemeene Middelbare School (AMS) hingga tahun 1929 di Bandung.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SURATMAN MARKASANKapsyen1">          :1">           Suratman Markasan

 

SURATMAN MARKASAN, (1930-    ), penulis Singapura.  Dia lahir pada 29 Disember 1930 di Pasir Panjang, Singapura.  Suratman mendapat pendidikan sekolah Melayu hingga Darjah Tiga.  Semasa Perang Dunia Kedua, dia terpaksa berhenti sekolah dan melakukan berbagai-bagai pekerjaan.  Pada tahun 1946, Suratman kembali bersekolah di Darjah Lima di Sekolah Melayu Sepoy Lines.  Dari tahun 1948 hingga tahun 1950, dia melanjutkan pelajarannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim.

SASTERATokoh
123

Kembali ke atas