Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panjangnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSKELLUNGE

Muskellunge ialah ikan yang paling besar dalam

famili pike. Panjangnya boleh mencapai 1.8 meter

dan beratnya lebih kurang 45 kilogram.

Bagaimanapun, kebanyakan muskellunge

panjangnya antara 0.5 hingga satu meter dan

beratnya dua kilogram hingga 16 kilogram. Jangka

hayat maksimum muskellunge adalah kira-kira 25

tahun.

UMUM 
DIDGERIDOO

Didgeridoo ialah sejenis alat muzik yang

digunakan oleh Orang Asli Australia di utara

Australia dalam upacara keagamaan. Kebanyakan

alat ini panjangnya lebih kurang 1.5 meter tetapi

ada juga yang panjangnya 3 hingga 4.5 meter.

UMUM 
OSELOT

Oselot ialah haiwan bersaiz sederhana dalam famili

kucing. Ia dikenali sebagai kucing harimau bintang

atau kucing harimau di Amerika. Panjangnya 105

hingga 120 sentimeter termasuk ekor, yang kira-kira

40 sentimeter panjangnya. Oselot tingginya 40 hingga

45 sentimeter pada paras bahu. Oselot hidup di

kawasan dari tenggara Arizona dan selatan Texas di

Amerika Syarikat, hingga ke Paraguay di Amerika

Selatan. Ia menghabiskan sebahagian besar hidupnya

di atas tanah, tetapi sering memburu di hutan dan

tangkas memanjat. Ia memakan tikus, tikus hutan,

arnab, ular, cicak, burung, anak rusa, dan monyet. Di

kawasan tropika, makanan kegemarannya ialah

agouti. Jika dipelihara sejak kecil, oselot boleh

dijinakkan dan menjadi haiwan kesayangan yang

sangat baik.

UMUM 
ODA

Oda ialah syair yang sederhana panjangnya yang

biasanya melahirkan puji-pujian yang amat tinggi.

Dramatis Yunani menghasilkan nyanyian oda yang

mempunyai tiga bahagian. Dua bahagian, iaitu

strophe dan antistrope , mempunyai pola irama

yang sama panjang. Bahagian ketiga, dinamakan

epode , mempunyai pola iramanya yang berbeza.

Pindar, dari Yunani purba mencipta oda yang

memuji wira olahraga. Dia menggunakan bentuk

strophe , yang kemudiannya dikenali sebagai Pindarik

(lihat Pindar ). Horace, dari Rom purba, menulis oda

yang terdiri daripada stanza yang sama, yang

dinamakan bentuk berangkap.

UMUM 
ROSE CHAFER

Rose chafer ialah kumbang yang panjangnya

lebih kurang 8 milimeter.

UMUM 
SISKIN

Siskin ialah burung kecil kira-kira 11 sentimeter

panjangnya. Siskin ialah anggota famili burung

cakar. Burung ini mempunyai paruh yang runcing

dan ekor yang pendek, bercabang. Siskin jantan

mempunyai bulu berjalur kuning-hijau; siskin

betina pula mempunyai warna yang lebih pucat

dan lebih banyak kelabu.

UMUM 
TAIPAN

Taipan ialah ular yang paling besar dan berbisa

yang paling ditakuti di Australia. Taipan adalah

antara ular yang paling membawa maut di dunia. Ia

boleh membesar lebih daripada tiga meter

panjangnya, tetapi kebanyakannya kurang daripada

dua meter panjangnya. Taipan berwarna perang

pekat hingga hampir hitam di bahagian atasnya dan

berwarna krim atau kuning berbintik-bintik jingga di

bahagian bawahnya. Ia hidup di New Guinea dan di

kebanyakan bahagian di Queensland dan di Arnhem

Land di Australia. Ia didapati di pelbagai tempat,

dari hutan pantai hingga ke pedalaman yang

kontang. Seperti ular perang, tetapi tidak seperti

lain-lain ular berbahaya di Australia, taipan bertelur.

Ia memakan terutamanya reptilia dan mamalia kecil.

Pengelasan saintifik. Taipan tergolong dalam famili

Elapidae. Ia adalah Oxyuranus scutellatus .

UMUM 
TASIK GARDA

Tasik Garda ialah tasik yang terbesar di Itali.

Panjangnya kira-kira 56 kilometer dan meliputi

suatu kawasan seluas 370 kilometer persegi. Tasik

ini terletak di kawasan Alps yang cantik kira-kira di

pertengahan jalan raya di antara Milan dengan

Venice. Untuk lokasi, lihat Itali (peta fizikal).

UMUM 
SUNGAI ORINOCO

Sungai Orinoco ialah sungai di Amerika Selatan

yang panjangnya 2066 kilometer. Ia diketahui

mempunyai dua punca, kedua-duanya di tanah tinggi

Parima di Venezuela, berdekatan dengan sempadan

Brazil. Ia mengalir ke barat daya memasuki Colombia

dan membentuk sempadan antara Colombia dengan

Venezuela. Kemudian ia melencong ke arah timur.

Kira-kira 180 kilometer sebelum sampai ke pantai, ia

terbahagi kepada banyak saluran. Untuk lokasinya,

lihat Venezuela (peta muka bumi).

UMUM 
SUNGAI LOIRE

Sungai Loire ialah sungai yang terpanjang di

Perancis. Panjangnya kira-kira 1050 kilometer dan

menyaliri lebih kurang satu per empat daripada

negara itu. Untuk lokasi, lihat Perancis (peta muka

bumi). Sungai Loire bermula di Pergunungan Velay,

kira-kira 1370 meter di atas aras laut dan mengalir ke

arah utara menuju Orléans.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas