PANTAI MOSQUITO | Pantai Mosquito juga dikenali sebagai Mosquitia, ialah bidang tanah yang terletak di sepanjang pantai timur Nicaragua dan pantai timur laut Honduras di Amerika Selatan. | UMUM | |
MENARA MARTELLO | Menara Martello ialah menara pertahanan yang dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan dan pantai tenggara England serta pantai timur Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon. William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent, dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan pada bumbung setiap menara. | UMUM | |
DATARAN PANTAI ATLANTIK | Dataran Pantai Atlantik lihat Amerika Syarikat (Tanah Pamah Pantai). | UMUM | |
PLUM PANTAI | Plum pantai ialah pokok renek liar yang mengeluarkan buah yang boleh dimakan seperti buah plum kecil. Ia tumbuh di pantai berpasir di Lautan Atlantik dari Maine hingga ke Victoria, Amerika Syarikat. | UMUM | |
GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI | Geomorfologi pinggir pantai. Kajian terhadap bentuk muka bumi dan proses yang membentuk serta mempengaruhi perkembangan sesuatu bentuk muka bumi di kawasan pinggir pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
PANTAI | Pantai ialah penimbunan pasir, batu kerikil, atau batu-batu kecil di sepanjang pinggir laut. Bahan- bahan ini yang mungkin berasal dari anak-anak sungai, merupakan bahan-bahan yang haus dari cenuram laut, atau yang dihanyutkan dari dasar laut yang cetek. | UMUM | |
PUJA PANTAI | PUJA PANTAI, amalan atau upacara amal yang diadakan untuk makhluk-makhluk halus yang menjaga laut agar tidak mengganggu kehidupan para nelayan dan memberikan mereka rezeki yang banyak. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
HAKISAN PANTAI | Hakisan pantai, hakisan yang berlaku di zon berhampiran dengan laut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR | POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya. | SASTERA | Karya |
ABERYSTWYTH | Aberystwyth, tempat percutian tepi pantai yang popular di Dyfed, ialah pusat kebudayaan dan pendidikan Wales. Bandar ini terletak di pantai Teluk Cardigan, di muara Sungai Rheidol dan Sungai Ystwyth. Aberystwyth dalam bahasa Wales bermakna Muara Sungai Ystwyth . Salah sebuah kolej University of Wales terletak di Aberystwyth. Beberapa jabatan universiti dan National Library of Wales terdiri di atas bukit di belakang bandar ini. | UMUM | |