Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.to.mim] | ڤنتوميم

Definisi : drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.to.mim] | ڤنتوميم

Definisi : sandiwara yg pelakon-pelakonnya hanya melakukan gerak-geri saja tetapi tidak menuturkan kata-kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pantomim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANTOMIM

Pantomim ialah sejenis hiburan tradisi pada Hari

Krismas di kepulauan Britain. Pada asasnya,

pantomim pada Hari Krismas mengisahkan cerita

pari-pari (cerita dongeng) seperti Cinderella, atau

nyanyian tadika seperti Humpty Dumpty.

UMUM 
BORIA

BORIA,  seni pentas yang popular di Pulau Pinang.  Pada masa dahulu, boria merupakan sebuah pantomim dalam perayaan Muharam yang diraikan oleh golongan Syiah Islam bagi merakamkan takziah atas peristiwa Perang Karbala dalam sejarah Islam di Timur Tengah.  Walau bagaimanapun, pantomim takziah yang terdapat di Pulau Pinang pada masa itu banyak dipengaruhi oleh acara perayaan Durgapuja dari India yang dibawa oleh askar India Islam Syiah.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas