CERITA PANTUN SUNDA | CERITA PANTUN SUNDA, jenis epik kepahlawanan berunsur tempatan dalam sastera Sunda. Cerita ini dikenal sebagai cerita pantun walaupun ia disampaikan dalam bentuk prosa lisan. Untuk bahagian tertentu, bentuk puisi digunakan untuk memerikan kecantikan puteri, ketampanan putera Siliwangi, keadaan kota atau hutan, dan pertempuran yang terjadi antara pasukan putera Pajajaran dengan raja-raja daerah. 1"> | SASTERA | Konsep |
CIUNG WANARA | CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping Lutung Kasarung dan Mundinglaya di Kusumah. Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah ‘membersihkan diri’ dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun Ciung Wanara telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia. 1"> | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |