Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa.ran] | ڤاڤرن

Definisi : 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa.ran] | ڤاڤرن

Definisi : 1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METER LAJU

Meter laju ialah alat yang menunjukkan kelajuan

kereta atau kenderaan lain. Paparan meter laju

menunjukkan kelajuan dalam kilometer per jam

atau batu per jam atau kedua-duanya.

UMUM 
ROTH, PHILIP

Roth, Philip (1933– ) ialah novelis dan

pengarang cerita pendek Amerika. Dia menerima

banyak pujian dan kritikan kerana paparan yang

dibuat secara terang, lucu dan kadangkala

menyindir terhadap kehidupan masyarakat dan

keluarga Yahudi moden di Amerika Syarikat.

UMUM 
MESIN DAFTAR TUNAI

Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod

dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin

daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang

tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan

dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di

jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai

ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan

rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.

UMUM 
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
TAMBO

TAMBO, sastera Minangkabau yang mengisahkan sejarah kejadian Minangkabau.  Tambo juga biasa disamakan dengan babad atau sejarah.  Tambo dianggap berasal dari zaman lampau, diwarisi daripada nenek moyang sehingga ada yang menganggapnya sebagai kebenaran sejarah.  Tambo dapat dibaca contohnya pada Kitab Curai Paparan Adat Alam Minangkabau (1919) dan Mustiko Adat Alam Minangkabau (1921) karya Datuk Sangguno Dirajo.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas