Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996) Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac 1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di London. Abdul Hamid memulakan perkhidmatannya daripada peringkat paling rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera pada tahun 1969. |