Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414). Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis, masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi- sula’ dan ‘Parameswara’. |