Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, dll; ~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~ mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal; berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai; memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll): mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang (mencoret) pd tulisan yg salah; memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang): dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd anak kera itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj alat drpd besi yg bermacam-macam bentuknya tetapi lebih besar drpd pisau, digunakan utk memotong, sbg senjata dsb; sj golok: ~ lading; ~ puting. memarang memotong atau menetak dgn parang. memarangkan menggunakan sesuatu sbg parang utk menetak: ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parang (kata nama)
Bersinonim dengan bedama, bendo, candung, dodong, golok, kudi.,

Puisi
 

Bukannya parang hulu permata,
     Parang sakti tidak berulu;
Bukan sekarang saya berkata,
     Sudah terjanji dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT PARANG PUTINGHIKAYAT PARANG PUTING, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini juga dikenal sebagai <I style="mso-bidi-font-style: normal">Hikayat Budak MiskinI>. Hikayat ini dipengaruhi dengan banyaknya unsur Hindu yang terdapat di dalamnya termasuklah dewa, kesaktian,alam kayangan dan sebagainya yang berasal daripada kitab <I style="mso-bidi-font-style: normal">MahabharataI>. SASTERAKarya
PARANG ILANG

PARANG ILANG, senjata panjang yang digunakan oleh suku kaum Kenyah, Kayan dan Iban di Sarawak.  Parang ilang digunakan oleh orang lelaki.  Ia diikat di pinggang dan sentiasa dibawa ke mana sahaja.  Selain sebagai senjata, parang ilang digunakan sebagai alat kerja dan untuk upacara adat.

BUDAYAAlat/Alatan
PARANG

PARANG, sejenis senjata pendek yang digunakan untuk membelah, menebang pokok-pokok kecil, memotong, melapah daging, menakik pokok untuk membuat tanda dan sebagainya.

BUDAYAAlat/Alatan
MACHETE

Machete ialah parang yang besar dan berat, dan

bentuk matanya seperti bilah pedang. Ia digunakan

terutamanya di Amerika Selatan dan Hindia Barat.

Machete yang digunakan sebagai senjata

mempunyai mata yang panjang, biasanya antara 60

sentimeter hingga 90 sentimeter. Machete yang

bermata pendek digunakan untuk memotong tebu

dan menebas. Lihat juga Pisau.

UMUM 
SIKIN

SIKIN, senjata Melayu yang merupai sebilah parang biasa.  Sikin dipercayai berasal dari Pahang dan digunakan oleh kaum wanita untuk membelah, memotong dan meraut daun mengkuang.  Mata sikin digunakan untuk memotong dan belakangnya digunakan untuk menarik dan mengumpulkan daun-daun yang sudah bercerai.  Ini boleh dilakukan dengan senang oleh sebab bentuk belakang sikin berkelok-kelok.

BUDAYAAlat/Alatan
SENJATA PANJANG

SENJATA PANJANG, sejenis senjata yang berukuran melebihi sehasta dan berhulu panjang. Senjata panjang terdiri daripada lembing, seligi, tombak, sundang pedang, keris panjang dan parang panjang (golok).

BUDAYAAlat/Alatan
SENJATA PENDEK

SENJATA PENDEK, sejenis senjata yang berukuran kurang daripada sehasta yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.  Senjata pendek terdiri daripada keris pendek, tumbuk lada, kerambit, sewar, rencong, badik lawi ayam, beladau jembia, lading terus, sikin, parang dan wedung.  Setiap senjata pendek yang dicipta mempunyai bentuk yang berlainan dan berbeza tatacara penggunaannya, walaupun kelihatan hampir sama.

BUDAYAAlat/Alatan
SEKOCI

SEKOCI, sejenis pengangkutan di air yang digunakan oleh para nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia untuk ke laut menangkap ikan.  Jenis sekoci yang besar berukuran antara 8.2 m hingga 8.5 m panjang dan 1.5 m lebar dan digunakan semasa menjaring atau memukat.   Jenis sekoci yang kecil pula mempunyai ukuran antara 4.5 m hingga 4.9 m panjang dan 1 m luas bukaan perut di bahagian peminggang.  Sekoci kecil digunakan oleh nelayan semasa ke laut mengolak ikan parang atau ke laut perai mengail tenggiri.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
KEROPOK

KEROPOK, makanan ringan yang diperbuat daripada campuran tepung sagu dengan isi ikan, udang, sotong atau lain-lain dan air. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan parang, tamban, selayang, biji nangka dan conor. Bahan-bahan lain yang digunakan ialah garam dan gula pasir. Ada juga yang memasukkan serbuk lada dan ba­wang putih semasa menggaul isi ikan. 

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas