| PARI-PARI | Pari-pari ialah makhluk khayalan yang muncul  dalam budaya rakyat Eropah Barat. Pari-pari  mempunyai kuasa ajaib, yang gunakan untuk  melakukan perbuatan baik, dan jahat. Pari-pari  biasanya suka membantu, tetapi mereka sering  berkelakuan nakal dan kadang-kadang bertindak  kejam.  | UMUM |   | 
			
				| CERITA PARI-PARI | Cerita pari-pari ialah cerita luar biasa yang penuh dengan unsur khayalan.. | SASTERA | Karya | 
			
				| PENGUIN PARI-PARI |   | UMUM |   | 
			
				| NIX | Nix ialah nama pari-pari air dalam cerita rakyat Jerman. Nix adalah orang kerdil yang berambut perang dan bergigi hijau, dan mereka hidup di dalam tasik dan sungai. Nix amat menggemari muzik dan menari, dan kadangkala menjemput manusia menghadiri perayaan mereka. Mereka dikatakan muncul sebelum seseorang mati lemas.  | UMUM |   | 
			
				| DAPHNE | Daphne ialah pari-pari dalam mitologi Yunani.  Dia ialah anak perempuan kepada dewa  sungai, sama ada Ladon atau Peneus.  | UMUM |   | 
			
				| ORANG BUNIAN | Orang bunian ialah makhluk khayalan. Dalam sesetengah kebudayaan, orang bunian dikenal sebagai pari-pari. Dalam kebanyakan cerita rakyat, orang bunian ialah orang kenit. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kebudayaan tradisi, saiz orang bunian sama seperti saiz manusia.  | UMUM |   | 
			
				| LILI MARIPOSA | Lili mariposa ialah sekumpulan lebih kurang  60 spesies bunga yang mekar pada musim bunga  dalam famili lili. Bunganya yang cantik kadangkala  dinamakan tanglong pari-pari, tulip glob, lili sego  atau lili rama-rama. Kelopak bunganya menyerupai  sayap rama-rama. Mariposa ialah perkataan  Sepanyol bagi rama-rama.  | UMUM |   | 
			
				| RACKHAM, ARTHUR | Rackham, Arthur (1867–1939) ialah pelukis Inggeris yang mendapat pengiktirafan kerana ilustrasi bagi buku kanak-kanak. Ilustrasinya merangkumi lakaran gnome, orang bunian, tukang sihir, dan pari-pari, dan juga makhluk yang menyerupai manusia yang baik.  | UMUM |   | 
			
				| PARI TORPEDO | Pari torpedo juga dikenali sebagai pari elektrik,  ialah sejenis pari yang hidup di laut panas. Nama  pari elektrik datangnya daripada kebolehannya  menerbitkan kuasa elektrik daripada organ yang  betul-betul di bawah kepala dan insangnya.  | UMUM |   | 
			
				| PARI | Pari ialah mana-mana anggota dalam sekumpulan  kira-kira 350 spesies ikan. Ikan ini termasuk pari  helang, ikan gitar, pari manta, ikan gergaji, sket, pari  sengat, dan pari torpedo.  | UMUM |   |