RACKHAM, ARTHUR | Rackham, Arthur (1867–1939) ialah pelukis Inggeris yang mendapat pengiktirafan kerana ilustrasi bagi buku kanak-kanak. Ilustrasinya merangkumi lakaran gnome, orang bunian, tukang sihir, dan pari-pari, dan juga makhluk yang menyerupai manusia yang baik. | UMUM | |
PARI-PARI | Pari-pari ialah makhluk khayalan yang muncul dalam budaya rakyat Eropah Barat. Pari-pari mempunyai kuasa ajaib, yang gunakan untuk melakukan perbuatan baik, dan jahat. Pari-pari biasanya suka membantu, tetapi mereka sering berkelakuan nakal dan kadang-kadang bertindak kejam. | UMUM | |
PARI | Pari ialah mana-mana anggota dalam sekumpulan kira-kira 350 spesies ikan. Ikan ini termasuk pari helang, ikan gitar, pari manta, ikan gergaji, sket, pari sengat, dan pari torpedo. | UMUM | |
NIX | Nix ialah nama pari-pari air dalam cerita rakyat Jerman. Nix adalah orang kerdil yang berambut perang dan bergigi hijau, dan mereka hidup di dalam tasik dan sungai. Nix amat menggemari muzik dan menari, dan kadangkala menjemput manusia menghadiri perayaan mereka. Mereka dikatakan muncul sebelum seseorang mati lemas. | UMUM | |
O'BRIEN, FLANN | O’Brien, Flann (1912–1966) ialah nama pena penulis Ireland yang bernama Brian O Nuallain. Dia membina reputasinya melalui novelnya yang pertama, At Swim Two Birds (1939), sebuah fantasi pengembaraan watak manusia dan pari-pari di Ireland. Dia juga menulis The Hard Life (1961), The Dalkey Archives (1965), dan skrip drama Faustus Kelly (1943). Dengan menggunakan nama pena Myles na gCopaleen, dia menulis ruangan satira bagi Irish Times . Dia lahir di Strabane, Ulster, dan bekerja sebagai pegawai kerajaan. | UMUM | |
PARI TORPEDO | Pari torpedo juga dikenali sebagai pari elektrik, ialah sejenis pari yang hidup di laut panas. Nama pari elektrik datangnya daripada kebolehannya menerbitkan kuasa elektrik daripada organ yang betul-betul di bawah kepala dan insangnya. | UMUM | |
SKET | Sket ialah nama sekumpulan ikan yang mempunyai badan leper, sirip pektoral (sisi) yang sangat besar, dan ekor yang halus bak cemeti. Tidak ada perbezaan saintifik antara ikan ini dengan ikan pari kecuali istilah ini merujuk kepada sesetengah ikan pari yang lebih besar (lihat Pari). Sket biasa di timur Lautan Atlantik membesar sehingga 2.5 meter panjangnya. Ia berwarna kelabu hijau zaitun atau perang dan bahagian bawahnya berwarna biru-kelabu. Spesies ini hidup di air dalam. Sket biasa memakan ikan yang berawan (tanpa tulang), seperti dogfish dan ikan pari, dan juga krustasia dan moluska. Ikan ini adalah ikan makanan yang bernilai dan popular. | UMUM | |
PARI SENGAT | Pari sengat ialah ikan pari atau ikan yang agak leper. Ekornya yang panjang, bak cambuk mempunyai satu atau dua duri yang tajam di belakang ekornya, berhampiran dengan tengahnya. Duri ini mempunyai cangkuk di sepanjang tepinya, dan di pangkal duri terdapat kelenjar beracun. | UMUM | |
ANDERSEN, HANS CHRISTIAN | Andersen, Hans Christian (1805-1875), penulis cerita rakyat dan cerita pari-pari Denmark. Beliau lahir pada 2 April 1805 di Odense, Pulau Flyn, Denmark. | SASTERA | Tokoh |
KELPIE AUSTRALIA | Kelpie Australia ialah anjing biri-biri yang benar-benar aktif dan sangat bijak dengan naluri semula jadi untuk mengawal biri-biri dan yang tidak mengenal penat untuk bekerja. Kelpie adalah anjing yang gemalai, berotot dan berlari dengan pantas. Kelpie berasal daripada anjing collie Scotland berbulu pendek. Anjing ini mempunyai bulu yang pendek dan telinga yang tegak. Warna bulunya adalah hitam, sawo matang, merah, perang muda, coklat atau biru asap. Pemenang lumba percubaan anjing biri-biri Australia yang pertama pada tahun 1872 dikenali sebagai Kelpie (bahasa Gaelic bagi pari-pari air) dan nama bakanya diperoleh daripada jualan anak Kelpie. | UMUM | |