Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya; memarit membuat (menggali) parit; perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rit] | ڤاريت

Definisi : 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parit (kata nama)
Bersinonim dengan longkang, alur, saluran, saliran, tali air, alahan, bendar, siring, solokan, selokan, apuran, got.,

Puisi
 

Dari Parit ke Tanjung Piandang,
     Singgah sekejap membeli roti;
Bila sudah wajah terpandang,
     Tetap tersimpan di lubuk hati.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANWAR RIDHWAN

Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan.  Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969).  Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.  Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara.  Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973.  Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.  Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya.

SASTERATokoh
OFFA'S DYKE

Offa’s Dyke ialah kubu tanah purba di antara

England dengan Wales. Ia terdiri daripada sebatang

parit dan baluarti yang diperbuat daripada tanah.

Pada masa dahulu Offa’s Dyke pernah menganjur

kira-kira 225 kilometer panjang, dari muara Sungai

Dee di utara hingga ke muara Sungai Wye di Selatan.

Kebanyakan tinggalannya masih kelihatan sekarang.

Bahagian yang paling terpelihara terletak di antara

Presteign dengan Montgomery. Offa’s Dyke

dinamakan sempena nama Offa, raja Mercia, yang

membinanya antara tahun 784 M. hingga tahun 796

M. sebagai pertahanan terhadap serangan orang Celt

dari Wales.

UMUM 
NATRIUM HIDROKSIDA

Natrium hidroksida, juga dikenali sebagai

soda kaustik, ialah bahan kimia industri yang

penting. Ia bertindak sebagai bahan utama dalam

banyak pencuci parit dan pencuci ketuhar

komersial. Ia juga digunakan dalam pembuatan

sabun dan kertas.

UMUM 
SEJUK KAKI

Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian

bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama

terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini

dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit

pelindung semasa Perang Dunia I (1914–1918). Ia

menyerupai reput fros yang ringan hinggalah

kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat

terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar,

pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami

sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros,

dengan membersihkan kaki, berehat dan

mengembalikan peredaran darah.

UMUM 
YAHAYA ISMAILYAHAYA ISMAIL (1940-    ), penulis dan pengkritik sastera dan politik.  Dia lahir pada 30 April 1940 di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak.  Nama sebenarnya ialah Yahaya @ Mustapha bin Ismail.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanah Kebun, Parit Buntar,  pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Methodist, Parit Buntar dan Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang.  Setelah tamat Tingkatan Lima, dia mengikut latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta dan berhasil memperoleh Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Sastera Indonesia (1968-1970). Dia kemudiannya meneruskan pengajiannya ke Universiti Monash, Melbourne, Australia dan memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1973.SASTERATokoh
KINCIRKINCIR,  alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai atau parit ke kawasan pertanian.  Alat ini juga dikenal sebagai tangguk air.BUDAYAArtifak/Mentifak
MADRASAH HAJI TAIB

MADRASAH HAJI TAIB, sekolah agama. Madrasah ini terletak di Parit Jamil, Muar, Johor. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan madrasah ini ialah anak-anak Haji Taib. Mereka menamakan madrasah ini sempena nama bapa mereka. Haji Taib berasal dari Tanah Jawa dan membuka kawasan Parit Jamil pada penghujung abad ke-19.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DIALEK MELAYU DI SUNGAI PERAKDIALEK MELAYU DI SUNGAI PERAK, satu ragam dialek Melayu yang mempunyai ciri-ciri linguistik tersendiri yang dituturkan di kawasan yang terletak di pinggir Sungai Perak. Dari segi penyebaran geografinya, kawasan ini termasuklah Kampung Gajah di sebelah selatan, Bota, dan sehinggalah ke pekan Parit di sebelah utara. Selain dikenal sebagai dialek Melayu Sungai Perak (DMSP), dialek ini juga biasa disebut sebagai dialek Parit. Pada umumnya, nama dialek Parit itu lebih dikenal ramai dan sering digunakan untuk merujuk ragam dialek Melayu yang dituturkan di daerah ini.BAHASABahasa
FATIMAH HASHIM, TAN SRI

FATIMAH HASHIM, Tan Sri (1924 -       ), ahli politik. Dia lahir pada 25 Disember 1924 di kampung Parit Kurma, Muar, Johor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Kurma dan Sekolah Melayu Perempuan Mersing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BROWN C.C.

BROWN, C.C.  (?   -   ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa British.  Nama sebenarnya ialah Charles Cuthbert Brown.  Dia pernah berkhidmat sebagai hakim di Parit,  pelatih kepada pegawai di Pejabat Tanah di Taiping, Penolong Pegawai Daerah Parit, Residen British di Pahang, dan Penasihat British di Terengganu.

BAHASATokoh
123

Kembali ke atas