Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ os, ( colloq ) duduk: he ~ed himself beside me, dia duduk di sebelah saya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. ( colloq ) set and leave in a particular place to be collected later, meninggalkan: he ~ed his luggage in my house for a few days, dia meninggalkan beg-begnya di rumah saya utk beberapa hari; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. put, leave vehicle temporarily in a place, meletakkan kereta: they ~ed his car in front of the hotel, mereka meletakkan kereta mereka di hadapan hotel itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : kamu tdk boleh meletak kereta di garisan kuning; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi meletakkan kereta: you can’t ~ on a yellow line,  (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. recreation ground, taman: the children were taken to the ~ every afternoon, kanak-kanak itu dibawa ke taman setiap petang; 2. (UK) large area of land around private country house, taman: a stream runs through the Duke’s ~, sebatang anak sungai mengalir melalui taman kepunyaan Duke itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. (US) sports ground or playing field, padang: all the boys have gone to the ball-park, semua budak itu telah ke padang bola; 4. stretch of land for particular purpose, taman: the National P~, Taman Negara; Damai has a new cultural ~ and village, Damai mempunyai taman dan desa budaya yg baru; Windsor Safari P~, Taman Safari Windsor; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata park


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARK CHUNG HEE

Park Chung Hee (1917–1979) menjadi presiden

Korea Selatan dari tahun 1963 hingga tahun 1979.

Dia mengambil kuasa sebagai ketua negara pada

tahun 1961 setelah memimpin pemberontakan

tentera menentang kerajaan awam. Pada tahun

1979, Park dibunuh oleh ketua Agensi Perisikan

Pusat negara tersebut.

UMUM 
PARK, RUTH

Park, Ruth (1923– ) ialah penulis Australia

yang memenangi anugerah Miles Franklin pada

tahun 1977 kerana novelnya Swords and Crowns

and Rings.

UMUM 
KULIM HI-TECH PARK

Kulim Hi-Tech Park (KHTP) taman perindustrian teknologi tinggi yang pertama di Malaysia.

KIMIABandar/Negeri/Negara/Tempat
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 
PERTUNJUKAN DIRAJA EASTER

Pertunjukan Diraja Easter yang dianjurkan

oleh Persatuan Pertanian Diraja di New South Wales,

Australia , adalah pameran pengeluaran pertanian,

penternakan, tenusu perindustrian dan komersial.

Tapak pertunjukan meliputi 28.75 hektar di Moore

Park, Sydney. Pertunjukan pertandingan lembu,

kambing, kuda, babi, anjing, kucing, ayam itik, bunga-

bungaan, sayur-sayuran, seni dan kraf tangan,

menarik banyak penyertaan.

UMUM 
SONDHEIM, STEPHEN

Sondheim, Stephen (1930– ) ialah

penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal

dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular

melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi

yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia

memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk

drama Sunday in the Park with George (1984).

Dia memenangi Academy Award untuk lagu

“Sooner or Later” daripada filem Dick Tracy (1990).

UMUM 
ROMBERG, SIGMUND

Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah

muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik

untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917),

The Student Prince (1924), The Desert Song (1926),

My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up

In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan

muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama

Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular,

Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang

popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The

Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow

Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik

untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik

klasik ringan.

UMUM 
SIMON, NEIL

Simon, Neil (1927– ) ialah penulis drama

Amerika. Komedi dan muziknya terkenal

menjadikannya penulis drama yang paling

komersial dalam sejarah teater Amerika.

Marvin Neil Simon lahir di New York City.

Drama pertamanya merupakan komedi ringan

yang lucu, bermula Come Blow Your Horn (1961).

Barefoot in the Park (1963) didasarkan pada

pengalamannya sebagai pengantin baru yang

tinggal di flat di New York.

UMUM 
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 
SAINT HELENS

Saint Helens (pend. 175 300) ialah daerah

metropolitan dan pusat pembuatan di

Merseyside, England. Bandar ini merupakan pusat

pengeluaran kaca terbesar di United Kingdom.

Barangan kaca yang dihasilkan ialah kaca rata dan

kaca keselamatan, pinggan mangkuk, dan bekas

kaca. Industri lain termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran pakaian serta barangan

farmaseutikal. Lombong batu arang terletak

berhampiran bandar ini. Terusan Inggeris yang

pertama dibina di St. Helens untuk mengangkut

batu arang ke Liverpool melalui Sungai Mersey.

Terusan ini dibuka pada tahun 1757. Dalam daerah

ini terdapat juga balapan lumba kuda Haydock

Park. St. Helens juga mempunyai pasukan bola

sepak Liga Ragbi yang berjaya. Lihat juga

Merseyside.

UMUM 

Kembali ke atas