Aytoun, William Edmondstoune (1813– 1865), penyair dan humoris Scotland, yang terkenal kerana Bon Gaultier Ballads (1845), satu siri parodi yang cemerlang, yang ditulisnya bersama Sir Theodore Martin. Antara penulis yang diparodi dalam tulisannya ialah Tennyson, Macaulay dan Elizabeth Barrett Browning. Aytoun lahir di Edinburgh dan mendapat pendidikan di Edinburgh Academy dan Edinburgh University. Di universiti ini, dia dilantik menjadi profesor retorik dan persuratan pada tahun 1845. Buku sajaknya yang pertama, Poland, Homer and Other Poems , diterbitkan pada tahun 1832. Lain-lain karya Aytoun termasuklah Lays of the Scottish Cavaliers (1848). |