Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[par.si] | ڤرسي

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (herba yg akarnya agak keras), Asparagus officinalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[par.si] | ڤرسي

Definisi : nama dahulu bagi negara Iran sehingga tahun 1935. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata parsi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARSI PURBA

Parsi Purba ialah negara yang meliputi Iran

dan Afghanistan kini. Parsi purba pernah

diperintah oleh Cyrus yang Agung, Darius I,

Xerxes, dan beberapa pemimpin lain. Perkataan

Parsi berasal daripada Persis, nama Yunani bagi

rantau ini. Parsi ialah negara maju dan pusat

empayar yang luas. Parsi juga dikenali sebagai

tanah Aryan, dan daripada perkataan ini terbentuk

nama bagi Iran yang bahasanya dikenali sebagai

bahasa Arya.

UMUM 
PARSI

Parsi lihat Iran; Parsi Purba.

UMUM 
PERANG TELUK PARSI

Perang Teluk Parsi berlaku pada awal tahun

1991 antara Iraq dengan gabungan 39 buah

negara yang ditubuhkan terutamanya oleh

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB). Perang berlaku terutamanya di Iraq

dan Kuwait, negara kecil yang kaya dengan

minyak, yang telah diserang dan diduduki oleh

Iraq . Kedua-dua negara ini terletak bersebelahan

antara satu sama lain di hujung utara Teluk Parsi.

Negara utama dalam gabungan tersebut yang

menewaskan Iraq termasuk Mesir, Perancis, Arab

Saudi, Syria, United Kingdom dan Amerika

Syarikat.

UMUM 
SASTERA PARSISastera yang diamalkan di Parsi.SASTERAKonsep
PERSEPOLIS

Persepolis ialah ibu kota Parsi purba. Raja Darius I

dari Parsi menubuhkan Persepolis kira-kira tahun

518 S.M. dalam kawasan bergunung-ganang yang

kini ialah barat daya Iran. Darius dan penggantinya

membina istana besar yang diperbuat daripada batu

dan bata lumpur di ibu kota yang menjadi pusat

upacara diraja bagi cuti umum keagamaan Tahun

Baru. Setiap tahun semasa temasya ini, raja akan

membaharui hak ketuhanannya sebagai raja dan

wakil semua penduduk Empayar Parsi akan

membawa hadiah kepadanya. Pada tahun 330 S.M.,

Iskandar Agung merampas Persepolis.

UMUM 
KERAJAAN PARSI

Kerajaan Parsi, kerajaan agung yang memiliki beberapa empayar penting seperti Achaemenid (550 SM-330 SM), Parthian (247 SM-224 M) dan Sassanid (224 M-651 M).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SAMANIAT, KERAJAAN

Samaniat, Kerajaan (261–389 H./874–999 M.)

ialah kerajaan Parsi yang diasaskan oleh

Saman. Saman ialah seorang bangsawan Parsi

berketurunan Bahram Jovin yang mengetuai

revolusi menentang pihak istana. Saman menjalin

hubungan dengan kerajaan Islam pada zaman

Khalifah Umaiyyah, Hisham b. ‘Abd Malik. Dia

melawat Asad ibn ‘Abdullah al-Qasari, gabenor

Khurasan pada zaman kerajaan Umawi. Dia telah

diberi penghormatan oleh gabenor tetapi dibenci

oleh musuh-musuhnya. Dia telah memeluk Islam

dan menamakan anaknya Asad, sempena nama

Asad al-Qasari yang telah memberi penghormatan

kepadanya.

UMUM 
MILTIADES

Miltiades (540?–488? S.M.) ialah jeneral Athens

purba yang terkenal. Dia mengalahkan orang Parsi

dalam Pertempuran Marathon pada tahun 490 S.M.,

semasa peperangan antara Yunani dan Parsi (lihat

Marathon).

UMUM 
PERANG AL-QADISIYYAH

Perang al-Qadisiyyah berlaku pada bulan

Muharam tahun 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi.

Peperangan ini berlaku antara orang Islam dengan

Parsi pada zaman Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab.

Setelah berlakunya peperangan al-Buwaib, Parsi

telah mengetahui beberapa ancaman yang akan

menggugat negara mereka. Oleh yang demikian,

Parsi telah memulakan persiapan untuk serangan

yang baru dan berasingan. Mereka telah

mengerahkan penduduk tempatan di bawah

naungan orang Islam.

UMUM 
SAADI

Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang

masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan

puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah

Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa

dengan memasukkan banyak rangkap tentang

moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang

jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak

ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti

moral yang tinggi dalam penulisannya

berkemungkinan telah menjadikannya paling

popular di kalangan pengarang Parsi.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas