PARTI-PARTI UNIONIST | Parti-parti Unionist (Kesatuan) di Ireland Utara ialah parti politik yang menyokong supaya kesatuan (hubungan politik ) antara Ireland Utara dengan Great Britain dikekalkan. Ahli Unionist menyokong kuat kemasukan Ireland Utara ke dalam United Kingdom dan membantah sebarang perubahan politik yang boleh menyebabkan Ireland Utara menjadi sebahagian daripada Republik Ireland. | UMUM | |
PARTI WHIG | Parti Whig ialah nama yang diberikan kepada parti-parti politik di England, Scotland, dan Amerika. Whig ialah singkatan kata bagi whiggamore, perkataan bahasa Scotland yang digunakan untuk menggambarkan penduduk barat Scotland yang menentang pemerintahan Raja Charles I pada tahun 1648. Musuh politik bagi kumpulan Whig dikenali sebagai Tory. | UMUM | |
PARTI DEMOKRAT | Parti Demokrat ialah parti tertua antara dua parti politik utama di Amerika Syarikat. Selain Parti Republikan, Parti Demokrat memainkan peranan yang penting dalam sejarah dan politik Amerika Syarikat. Dari tahun 1828 hingga tahun 1992, Parti Demokrat memenangi undi sebanyak 19 daripada 42. | UMUM | |
PARTI REPUBLIKAN | Parti Republikan ialah salah satu daripada dua parti politik yang utama di Amerika Syarikat, selain Parti Demokratik. Parti Republikan sering dikenali sebagai G.O.P. yang bermaksud Grand Old Party, nama timangan yang diberi oleh ahli Parti Republikan kepada parti tersebut pada tahun 1880- an. | UMUM | |
PARTI BURUH | Parti Buruh ialah parti politik pertama ditubuhkan di Britain bagi menggalakkan dasar sosialis. Parti Buruh British merupakan salah sebuah parti politik yang terkemuka di negara tersebut. Parti Buruh juga terdapat di negara- negara lain. Rencana ini, sebahagian besarnya mengenai Parti Buruh British dan Ireland. | UMUM | |
PARTI BERSATU SABAH (PBS) | Parti Bersatu Sabah (PBS), parti politik. PBS ialah singkatan Parti Bersatu Sabah. Parti politik di negeri Sabah ini telah didaftarkan dengan rasminya pada 5 Mac 1985. Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan ialah perancang utama penubuhan PBS. Dia telah dilantik untuk mengetuai parti tersebut. | UMUM | |
PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB) | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) parti politik di Sarawak. Parti ini ditubuhkan pada 30 April 1973 hasil gabungan Parti Bumiputera dengan Parti Pesaka Sarawak (PESAKA). | UMUM | |
PARTI BURUH AUSTRALIA | Parti Buruh Australia (Australia Labour Party (ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini menekankan keperluan membahagikan semula kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah kawalan industri secara monopoli oleh firma swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan, terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri. | UMUM | |
PARTI RAKYAT MALAYA (PRM) | Parti Rakyat Malaya (PRM) ialah salah sebuah parti politik di Malaysia. Parti Rakyat Malaya lebih dikenali sebagai PRM telah ditubuhkan pada 11 November 1955 di Kuala Lumpur. | UMUM | |
PARTI KONSERVATIF | Parti Konservatif ialah satu daripada dua parti politik utama di Britain, selain Parti Buruh. Golongan konservatif berusaha memelihara institusinya. Parti ini percaya bahawa perubahan hendaklah bersifat evolusi bukan revolusi. | UMUM | |