Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi (colloq) berparti: let’s ~, mari kita berparti. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : won’t be a ~ to such an underhand scheme, saya tdk mahu terbabit dlm rancangan yg kotor spt itu; 5. (colloq), (humourous) orang: I asked the old ~ how to get to the house, saya bertanya kpd orang tua itu bagaimana hendak pergi ke rumah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. (given a special duty) kumpulan, pasukan: he was in the search ~, dia dlm kumpulan pencari; assault ~, pasukan gempur; 3. sometimes P~ group with shared political aims, parti: a long time member of the Conservative P~, ahli lama Parti Konservatif; a ~ system, sistem parti; 4. person involved in legal matter etc, pihak: both parties were represented in court, kedua-dua pihak telah diwakili di mahkamah; we know who the guilty ~ is, kami tahu siapakah pihak yg bersalah; be (a) ~ to, terbabit, terlibat: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. social gathering, parti, majlis; (of mood etc) berparti: a birthday ~, parti hari jadi; he wasn’t in a ~ mood, so he decided to leave early, dia tdk ada rasa hendak berparti jadi dia memutuskan utk pulang awal; /give, have, throw/ a ~, mengadakan /parti, majlis/: they like giving parties, mereka gemar mengadakan parti; 2. group of persons, a. (doing st together) kumpulan: I accompanied a ~ of school children on a trip abroad, saya menemani sekumpulan murid sekolah ke luar negeri; a fishing ~, sekumpulan pengail ikan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata party


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GREEN PARTY UMUM 
INKATHA FREEDOM PARTY UMUM 
PEOPLE'S ACTION PARTY (PAP)parti politik (Parti yang menguasai kerajaan Singapura)SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ASHDOWN, PADDY

Ashdown, Paddy (1941– ), menjadi pemimpin

pertama Party Liberal Demokrat United Kingdom

yang baru selepas Liberal dan Demokrat Sosial

bergabung pada tahun 1988. Sebelum memasuki

arena politik Ashdown menyertai Pejabat Luar

Negeri pada tahun 1972 dan bekerja di ibu

pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di

Geneva, Switzerland. Pada tahun 1976, dia

menjadi calon parlimen Liberal untuk Yeovil di

Somerset. Dia dipilih menjadi anggota Parlimen

pada tahun 1983 dan menjadi jurucakap Liberal

tentang perdagangan dan industri hingga tahun

1987 apabila dia menjadi jurucakap untuk

pendidikan.

UMUM 
PARTI BURUH AUSTRALIA

Parti Buruh Australia (Australia Labour Party

(ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini

lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan

banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai

kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya

sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini

menekankan keperluan membahagikan semula

kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah

kawalan industri secara monopoli oleh firma

swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan,

terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali

sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri.

UMUM 
PARTI DEMOKRATIK SOSIAL DAN BURUH

Parti Demokratik Sosial dan Buruh (Social

Democratic and Labour Party (SDLP) ialah parti

politik yang ditubuhkan di Ireland Utara pada

bulan Ogos 1970. SDLP ialah parti sayap kiri

nasionalis Ireland (lihat Sayap kiri). Tujuan utama

parti ini adalah untuk menyatukan semula Ireland

secara aman dan memperjuangkan hak sama rata

bagi semua rakyat. SDLP juga menuntut

pengagihan kekayaan sama rata dalam kalangan

rakyat, gaji minimum dan pendapatan yang sama

bagi pekerjaan yang sama. Ibu pejabatnya terletak

di Belfast.

UMUM 
ZEDILLO PONCE DE LEÓN, ERNESTO

Zedillo Ponce de León, Ernesto (1951 – ),

menjadi presiden Mexico pada tahun 1994. Zedillo

ialah ahli Parti Revolusi Institusi (Instutional

Revolutionary Party – PRI), sebuah parti politik

terbesar sejak tahun 1929. Dia menggantikan

Carlos Salinas de Gortari sebagai presiden

Mexico.

UMUM 
SNAP

SNAP, parti politik.  SNAP ialah singkatan Sarawak National Party.  Parti ini ditubuhkan pada bulan Mac 1961.  Melihat perkembangan di kalangan orang Cina dan orang Melayu yang telah menubuh parti-parti politik masing-masing, orang Iban takut kedudukan mereka terancam di samping menaruh perasaan curiga terhadap Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Parti Negara Sarawak (PANAS).  Mereka juga ingin menjaga kepentingan komuniti mereka.  Oleh itu SNAP ditubuhkan oleh Stephens Kalong Ningkan dari Bahagian Kedua.  Kebanyakan ahli SNAP terdiri daripada para pekerja di Shell Oil Company di Brunei dan Miri.  Parti ini diasaskan di Brunei, tetapi Stephens Kalong Ningkan kemudian meletak jawatan dalam Shell kerana berpindah ke Kuching.  Semua ahli Jawatankuasa Tertinggi SNAP datang dari daerah Saribas di Bahagian Kedua.  Penduduk Iban di sini telah menerima pendidikan Inggeris semasa pemerintahan Brooke.  Oleh yang demikian mereka mudah bergerak dari segi sosial dan ekonomi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PARTI REPUBLIKAN

Parti Republikan ialah salah satu daripada dua

parti politik yang utama di Amerika Syarikat, selain

Parti Demokratik. Parti Republikan sering dikenali

sebagai G.O.P. yang bermaksud Grand Old Party,

nama timangan yang diberi oleh ahli Parti

Republikan kepada parti tersebut pada tahun 1880-

an.

UMUM 
SUPPSUPP, parti politik yang pertama ditubuhkan di Sarawak.  SUPP ialah singkatan Sarawak United People’s Party.  Parti ini ditubuhkan oleh orang Cina pada 12 Jun 1959, bagi menjaga kepentingan komuniti Cina.  Parti ini dipimpin oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong.  Penubuhan parti ini adalah hasil daripada kegiatan politik orang Cina dan dasar British sendiri.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas