| PASIR JERLUS | Pasir jerlus ialah jasad pasir yang amat halus. Pasir jerlus ini biasanya terdapat di dasar sungai dan tepi pantai. Jasad pasir ini mempunyai sifat cecair disebabkan air yang mengalir melalui butir- butir pasir dan menghalang pasir-pasir itu daripada mendap. | UMUM | |
| RIBUT PASIR | Ribut pasir ialah tiupan angin yang membawa pasir ke udara. Kebanyakan pasir yang diterbangkan angin tidak naik melebihi 50 sentimeter tinggi tetapi sesetengah butir pasir mungkin naik kira-kira dua meter tinggi. Purata diameter butir pasir yang dibawa oleh angin adalah antara 0.15 milimeter hingga 0.30 milimeter. Semasa ribut pasir berlaku, angin mencapai kelajuan 16 kilometer sejam atau lebih. Ribut itu mungkin berlaku selama tiga jam hingga lima jam. | UMUM | |
| PASIR BITUMIN | Pasir bitumin juga dikenali sebagai pasir tar, merupakan longgokan pasir yang mengandungi bitumin. Bitumin ialah bahan seperti gam berwarna hitam untuk membuat kok, gas, dan minyak. | UMUM | |
| PASIR | Pasir ialah kumpulan butir pasir atau galian kecil yang peroi serta lebih kasar daripada kelodak atau tanah liat. Ia juga lebih kecil daripada kelikir. Ahli- ahli sains mentakrifkan pasir sebagai butir dengan diameternya berukuran dari 0.06 mm hingga 2.1 mm. | UMUM | |
| JAM PASIR | | UMUM | |
| GUMUK PASIR | | UMUM | |
| PEMBAGASAN PASIR | | UMUM | |
| LUKISAN PASIR | | UMUM | |
| MONUMEN KEBANGSAAN WHITE SANDS | Monumen Kebangsaan White Sands terletak di selatan New Mexico, Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada timbunan besar pasir gipsum yang diterbangkan angin lalu membentuk bukit pasir (gumuk). Ketika cahaya terang, bukit pasir ini kelihatan seperti padang salji yang luas. Monumen ini diwartakan pada tahun 1933. | UMUM | Umum |
| BETING PASIR | Beting pasir, longgokan bahan enapan yang memanjang selari dengan garisan pinggir pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |