Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pastél) IB sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum dan daging. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (S.Lukis) 1. = warna ~ warna yg pucat dan lembut; 2. krayon yg diperbuat drpd bahan bak kapur yg digunakan utk melukis gambar; 3. lukisan yg dihasilkan dgn menggunakan bahan pastel: potret ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pastel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIEPOLO, GIOVANNI BATTISTA

Tiepolo, Giovanni Battista (1696–1770) ialah

pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada

kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati

Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya

mural berwarna-warni yang hebat yang

kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun

1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan

peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia

memaparkan watak aktif yang dilukis

menggunakan warna pastel yang ceria.

Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750,

dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol.

Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua

biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di

Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo

untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni

Metropolitan, New York City.

Lihat juga Seni lukis (Hiasan).

UMUM 
MORISOT, BERTHE

Morisot, Berthe (1841–1895), pelukis Perancis

dan ahli terkemuka dalam pergerakan

impresionis. Kebanyakan lukisan Berthe Morisot

mengisahkan wanita yang kerap bersama-sama

dengan anak-anak mereka yang

berlatarbelakangkan kehidupan seharian di

rumah. Morisot melukis subjek yang tersebut

dalam satu gaya yang cerah dan lembut. Berthe

Morisot juga melukis landskap yang dipenuhi

wanita dan kanak-kanak. Di samping lukisan

minyak, dia juga dikenali dengan lukisan cat air

dan pastel.

UMUM 

Kembali ke atas