Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.tur] | ڤستور

Definisi : ; mempasteur memanaskan cecair (spt susu, wain, dll) atau makanan pepejal (spt keju) utk memusnahkan mikroorganisma yg berbahaya atau utk mengehadkan kadar penapaian bahan yg berkenaan; pempasteuran proses mempasteur; pempasteur 1. orang yg melakukan proses atau kerja pempasteuran; 2. alat utk mempas­teurkan sesuatu bahan spt susu, keju dan krim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasteur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASTEUR, LOUIS

Pasteur, Louis (1822–1895), ahli sains Perancis,

memberi sumbangan yang besar kepada ilmu

kimia, perubatan, dan industri yang memberi

banyak manfaat kepada manusia. Penemuannya

bahawa penyakit disebarkan oleh bakteria

telah menyelamatkan nyawa yang tidak

terbilang banyaknya. Pasteur merupakan ahli

sains teori yang agung dan yang menerapkan

penemuan asasnya kepada masalah praktik yang

penting baik dalam bidang industri mahupun

dalam bidang perubatan.

UMUM 
SUSU SEJAT

Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira

60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu

sejat disediakan dengan memanaskan susu

penuh pasteur homogen dalam tangki vakum

untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya

ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril

dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat

tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya,

tetapi vitamin D sering ditambah untuk

pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa

Switzerland, menerima paten pada tahun 1884

kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah

memekatkan susu tanpa menambah gula.

Lihat juga Susu.

UMUM 

Kembali ke atas