Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tah] | ڤاته

Definisi : 1. putus (bkn barang yg keras dan panjang), tidak bertaut atau bercantum kuat­kuat lagi: penselnya sudah ~; 2. ki tidak dapat diteruskan (dilanjutkan) lagi; pelajaran saya ~ di tengah jalan tidak tamat, terhenti; 3. penjodoh bilangan utk kata (perkataan): beberapa ~ kata; se~ dua kata satu atau dua patah kata, sedikit perkataan; ~ arang putus langsung, tidak boleh berbaik kembali (perselisihan); ~ balik berbalik, ber­tukar arah hingga berlawanan dgn yg semula; ~ batu (hatinya) tidak mahu berusaha lagi; ~ celana Id lipatan pd seluar; ~ hati a) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll); ~ jetam Kl penyakit pecah-pecah kulit pd kaki; ~ kaki tidak dapat berbuat apa-apa (kerana tidak ada penolong yg boleh diharap); ~ lagu gentar atau putus-putus suara (apabila menyanyi); ~ lidah tidak dapat berkata (dgn lancar), tidak dapat menjawab; ~ mayang ikal atau mengombak (rambut); ~ nafsu (selera) hilang nafsu (selera) makan; ~ perang kalah perang; ~ pucuk tidak habis atau selesai (pekerjaan dll); ~ riuk patah yg teruk (tulang); ~ said renyuk, tidak licin (baju, seluar); ~ semangat hilang keberanian atau kemahuan (utk berusaha dll), tawar hati; ~ siku a) sudut siku-siku; b) tidak dapat menolak (membantah dll) lagi, menurut sahaja (kerana kasihan, terhutang budi, dll); ~ tulang a) patah tulang­nya; b) tidak dapat menolak lagi (permintaan dll); ~ dahan tempat bernaung, ~ lantai tempat berpijak prb tidak ada lagi (habis langsung) tempat meminta pertolongan dll; ~ kepala bertongkat paruh, ~ paruh bertelekan = ~ tongkat berjeremang prb tidak putus harapan, terus berikhtiar (bekerja); ~ lidah alamat kalah, ~ keris alamat mati prb tidak pandai membela sesuatu perkara tanda kalahlah; ~ tumbuh hilang berganti prb seseorang ketua dll yg mati (pergi) yg lain ada gantinya; siapa melalah siapa ~ prb siapa yg berhajat sangat, dialah yg datang meminta (peminangan); sudah ~ yg bertaji prb Mn kalau kematian bapa (mamak) yg berharta (disegani) susahlah kaum keluarganya yg tinggal; tiada ~ yg tak tempang prb tiap-tiap kecelakaan (perselisihan) tetap meninggalkan bekas (perasaan) yg tidak baik; sepatah satu patah; ~ kata a) suku kata (perkataan); b) kata pendahuluan (peng­antar); berpatah bertukar haluan (arah): dia ~ mahu pergi; ~ balik berbalik, bertukar arah yg ber­tentangan dgn yg semula; ~ arang berputus langsung hubungan (kerana perselisihan dsb); ~ hati berasa patah hati (kecewa dll); mematah 1. menukar haluan (arah): kemudian ia ~ masuk ke sebuah lorong; ~ balik menukar haluan ke arah tempat datangnya; ~ selekoh menukar arah mengikuti selekoh; 2. Pi tidak dapat berjalan, lemah: kenapa pula itik itu ~ sangat; mematah-matah; ~ jari melipat-lipat atau menarik-narik jari hingga berbunyi; mematahkan 1. menjadikan (menyebab­kan) patah: ~ batang besi; 2. ki menjadikan (menyebabkan) tidak berlanjutan dll, menggagalkan (mengecewakan, mengalahkan, dll): ~ cita-cita; ~ serangan lawan; ~ haluan mengalih (menukar) haluan; mematah-matahkan mematahkan sesuatu beberapa kali atau banyak kali: mereka ~ ranting kayu utk dibuat kayu api; patah-mematahkan ki saling mengalah­kan; terpatah telah (sudah) patah: tujuh bilah lantai ~, tujuh mengkawan atap ~; patahan sesuatu yg patah; pematahan perbuatan mematahkan; pematah 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tah] | ڤاته

Definisi : ; ~ kemudi sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat); (kayu) ~ tulang sj tum­buhan (pokok kecil), kayu urip, tulang-tulang, Euphorbia tirucalli; rumput ~ pisau sj tumbuhan (rumput), rumput bakau (batu, macap, meresek), Daemonorhops leptopus; rumput ~ siku sj tumbuhan (rumput), rumput katik belalang (tulang sentadu), Paspalum orbiculare. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tah] | ڤاته

Definisi : 1 putus atau hampir putus kerana kekerasan (bukan kerana dipotong); tidak bertaut atau tidak bercantum lagi: Lengan kiri Amir telah ~ kerana terjatuh dr pokok jambu. 2 penjodoh bilangan utk perkataan atau kata: Dia tidak berkata se~ pun. ~ hati a. hilang keberanian. b. tidak mahu berusaha lagi; kecewa. ~ lidah tidak dpt berkata-kata atau tidak dpt menjawab. ~ perang kalah perang. ~ riuk patah tulang yg teruk. berpatah bertukar atau berubah dr arah yg dituju: Penyu pun terus ~ balik dan menghantar kera itu pulang. mematahkan 1 membuat atau menyebabkan patah: ~ ranting kayu. 2 menjadikan tidak berlanjutan (bkn serangan dll); menggagalkan; mengalahkan: Brooke telah ditawari jawatan gabenor jika dia berjaya ~ pemberontakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patah (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sekah: serkah, pukah, ripuk, kopak, sempal, jahanam,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terhenti, tergencat, terencat, tergendala, terhalang, terbantut, terbengkalai, terkandas,

Kata Terbitan : berpatah, mematahkan, pematahan, pematah,

Puisi
 

Kalau bergelang jangan patah,
     Kalau patah dalam perahu;
Hati adik tidak berbelah,
     Orang tidak mahu manalah tahu.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

 

Lihat selanjutnya...(59)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENAPANG PATAH

Senapang patah ialah senapang bahu yang

melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk

peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil,

yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan

tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah

untuk mengenai sasaran yang bergerak

berbanding dengan peluru tunggal daripada

senapang atau pistol. Pada asasnya senapang

patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur

senapang patah dikenali sebagai syot kecil.

Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai

syot besar, digunakan untuk menembak haiwan

seperti rusa.

UMUM 
PATAH JIWA

Patah jiwa ialah istilah yang selalu digunakan

untuk merujuk kepada sebarang kelesuan yang

disebabkan oleh terlalu teruk bekerja sehingga

menghidap penyakit jiwa yang parah.

UMUM 
PATAH TUMBUH

PATAH TUMBUH, kumpulan cerpen karya Keris Mas.  Kumpulan ini diberi kata pengenalan oleh Syed Husin Ali, diterbitkan oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1962 serta diulang cetak beberapa kali.  Kumpulan cerpen Patah Tumbuh mengandungi 20 buah cerpen yang pernah tersiar dalam majalah Kencana, Suluh Malaya, Mastika, Dewan Bahasa dan akhbar mingguan Utusan Zaman dan Utusan Pemuda, dari tahun 1946 hingga tahun 1960.

SASTERAPenerbitan
PATAH SAYAP TERBANG JUA

PATAH SAYAP TERBANG JUA, novel karya A. Samad Ismail.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1966 oleh Pustaka Setia Mumi, Kuala Lumpur dan edisi baharu diterbitkan pada tahun 1986 oleh Teks Publishing, Kuala Lumpur dengan memakai ejaan baharu.

SASTERAPenerbitan
DENGGI

Denggi, juga dikenali sebagai demam patah

tulang, ialah sejenis penyakit yang menyebabkan

demam, sakit kepala dan mata, dan kesakitan

pada otot dan sendi. Ia juga boleh menyebabkan

hidung berair, sakit tekak, dan ruam.

UMUM 
OSTEOMIELITIS

Osteomielitis ialah keradangan tulang dan

sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras

tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan,

biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai

Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh

berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun.

Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh

terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria.

Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari

bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di

bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala

osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan,

kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya.

Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan

antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui

pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat

osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan

tulang dan seterusnya kecacatan.

UMUM 
SENJATA API

Senjata api ialah sebarang senjata yang

menggunakan serbuk letupan untuk

menembakkan peluru atau kelongsong.

Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api

ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol.

Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan .

Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk

kepada artileri .

UMUM 
TEMBAK CAKERA TANAH LIAT

Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan

apabila seseorang menembak cakera tanah liat

yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak

cakera tanah liat menggunakan senapang patah

yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira

500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak

lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang

dinamakan perangkap melemparkan cakera ke

udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer

sejam.

UMUM 
MENEMBAK

Menembak ialah sukan yang popular di banyak

negara. Orang yang berminat dalam sukan ini

boleh menembak (haiwan) atau menembak dalam

pertandingan. Biasanya, lesen diperlukan untuk

membawa atau menggunakan senapang patah dan

lesen lain untuk menembak haiwan buruan.

UMUM 
ORTOPEDIK

Ortopedik ialah cabang perubatan yang berkaitan

dengan gangguan tulang dan otot dan tisu-tisu yang

berkaitan dengannya. Doktor yang mengamalkan

ortopedik dinamakan pakar bedah ortopedik.

Mereka merawat pelbagai masalah perubatan,

termasuk tulang patah, kecederaan pada tendon

dan ligamen, dan kecacatan kaki dan tangan serta

tulang belakang.

UMUM 
12

Kembali ke atas