PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI | PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI, pertubuhan gerila bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Pertubuhan Perpaduan Pembebasan Patani atau Patani United Liberation Organization (PULO), ditubuhkan untuk mengkoordinasikan beberapa pertubuhan gerila yang bergerak menentang pemerintah Thailand di empat wilayah Thailand Selatan, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Dua buah gerakan lain yang berjuang untuk kemerdekaan Patani ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Karim Hassan pada tahun 1963. Aktiviti pertubuhan-pertubuhan ini mencapai kemuncaknya dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Empat wilayah di Thailand Selatan diberi gelaran sebagai ‘kawasan bebas’ yang dikuasai oleh ‘pemerintah halimunan’ yang mencabar kekuasaan pemerintah pusat di Bangkok. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BAHASA MELAYU PATANI | BAHASA MELAYU PATANI, bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda bagi penduduk majoriti berbangsa Melayu di Patani yang sekarang terdiri daripada wilayah Patani, Yala dan Narathiwat, dan juga daerah Chana dan daerah Thepha di wilayah Songkhla. | BAHASA | Konsep |
PATANI | PATANI, sebuah negeri di bawah Kesultanan Melayu Patani, di selatan Thailand pada pertengahan abad ke-15. Patani terletak di kawasan tepi pantai Laut China Selatan. Tanjung Patani digunakan sebagai tempat kapal perdagangan berlabuh pada musim monsun, sementara Sungai Patani ialah jalan perhubungan utama. Majoriti penduduk Patani terdiri daripada orang Melayu beragama Islam, manakala orang Siam dan Cina adalah penduduk minoriti. Selain golongan bangsawan dan golongan pemerintah, kebanyakan orang Melayu adalah petani dan nelayan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ADAT PERKAHWINAN PATANI | ADAT PERKAHWINAN PATANI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Patani di selatan Thailand. Adat perkahwinan di kalangan masyarakat ini dinamakan ‘keghijo menikoh’ yang berasal daripada perkataan akad nikah. Upacaranya hampir sama seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia khasnya di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia. | BUDAYA | Konsep |
DIALEK MELAYU PATANI | DIALEK MELAYU PATANI, dialek yang dituturkan oleh penduduk Melayu di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala, di selatan Thailand dan dituturkan juga oleh sebilangan penduduk yang berasal dari kawasan Patani yang kini mendiami beberapa perkampungan di pedalaman Kedah dan Perak, seperti di Baling, Sik dan Larut-Matang. | BAHASA | Bahasa |
HIKAYAT PATANI | HIKAYAT PATANI, sastera hikayat berunsur sejarah. Hikayat ini tidak menyebut nama pengarangnya. Hikayat ini dibukukan oleh A. Teeuw dan D.K. Wyatt dengan judul Hikayat Patani, Bibliotheca Indonesia 5 pada tahun 1970 dan diterbitkan oleh Martinus Nijhoff. | SASTERA | Karya |
ISLAM DI PATANI | ISLAM DI PATANI, perkembangan agama Islam di Patani yang bermula pada abad ke-15. Agama Islam di bawa oleh para pedagang Arab dan India yang menetap di pusat-pusat perdagangan di Patani pada akhir abad ke-12. Setelah tiga abad berlalu, golongan diraja Patani menerima Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
HAJI SULONG PATANI | HAJI SULONG PATANI (1895 – 1954), ulama Patani. Dia lahir pada tahun 1895 di Kampung Anak Ru, Patani Thailand. Nama asalnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Sulom Haji Abdulkadir bin Muhammad al-Fatoni. Namun dia lebih dikenal dengan nama Haji Sulong kerana mengikut panggilan yang diberi oleh masyarakat Melayu kepada anak pertama. Dia merupakan anak lelaki tunggal. Dia menerima pendidikan awal di Pondok Tuan Guru Haji Wan Musa iaitu Pondok Bandar, sebuah pondok tradisional yang terkenal di Patani pada waktu itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
GERAKAN KEBANGSAAN PATANI | GERAKAN KEBANGSAAN PATANI, gerakan menentang penaklukan dan proses integrasi terhadap komuniti Melayu Islam di Wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun, selatan Negara Thai. Kemunculannya berpunca daripada gabungan Kesultanan Patani (yang telah wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat sejak pertengahan abad ke-15) ke dalam Negara Thai. Gabungan tersebut ditentang oleh pemerintah dan rakyat Patani, tetapi disokong dan diberi pengesahan oleh Britain melalui Perjanjian Bangkok (1909). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA | GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA, pertubuhan politik Patani yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bagi memperjuangkan kemerdekaan empat wilayah di selatan Siam daripada belenggu pemerintahan Siam. Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR) ditubuhkan pada 8 Februari 1948, di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan penubuhannya dikemukakan oleh Tengku Mahmud Mahyideen sebagai reaksi kepada penahanan Tuan Guru Haji Sulong oleh pihak berkuasa Siam pada 16 Januari 1948. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |