Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem (haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau suku Tobacco. |