SPIRIT '76 | Spirit ’76 ialah pemandangan patriotik yang masyhur yang dilukis sekitar tahun 1875 oleh pelukis Amerika, Archibald M. Willard. Pemandangan ini menunjukkan seorang peniup seruling bersama-sama dengan dua orang pemalu gendang mengepalai askar Amerika ke medan peperangan semasa Revolusi Amerika. Willard melukis beberapa versi The Spirit of ‘76 ini. | UMUM | |
QU YUAN | Qu Yuan (340?–278? S.M.) ialah pemuisi agung serta patriotik pada zaman purba di China. Sajaknya tersebar luas di dunia pada pertengahan tahun 1900-an. | UMUM | |
ARNE, THOMAS | Arne, Thomas (1710–1778), penggubah lagu Inggeris. Dia menulis lagu patriotik “Rule, Britannia”. Drama dan baladanya yang diiringi dengan muzik amat penting dalam perkembangan opera balet. Arne bersama-sama Isaac Bickerstaff, seorang penulis drama Irish, bekerjasama menghasilkan balada seperti Love in a Village . Arne menulis banyak latar lagu muzik dari lakon Shakespeare, seperti “Where the Bee Sucks” dari lakon The Tempest. Thomas Arne lahir di London. | UMUM | |
AESCHYLUS | Aeschylus (525–456 S.M.) ialah penulis terawal yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan seorang seniman yang benar-benar patriotik dan warak yang membawa kematangan kepada tragedi Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat memberi respons kepada soalan atau cadangan korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon kepada dua, yang mewujudkan dialog yang membolehkan watak berinteraksi. | UMUM | |
SMETANA, BEDRICH | Smetana, Bedrich (1824–1884) ialah penggubah Czech. Dia dan Antonín Dvorák dianggap sebagai pengasas pusat pengajian muzik kebangsaan Czech. Lapan opera Smetana memulakan tradisi opera kebangsaan di Czech. Operanya yang termasyhur ialah The Bartered Bride (1866). Namun, opera yang paling patriotik ialah Libuse (1872). Siri enam puisi simfoninya, Ma Vlast (My Fatherland, 1879) juga terkenal. Ini termasuklah River Moldau yang dikenali ramai. Kuartet Alat Tali dalam E minor autobiografi Smetana iaitu From My Life (1876), mempengaruhi kuartet selepasnya oleh Leo Janácek, penggubah berketurunan Czech. | UMUM | |
SULGRAVE MANOR | Sulgrave Manor ialah sebuah estet di Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai tempat tinggal nenek moyang George Washington, presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence Washington membina rumah manor tersebut pada tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun perdamaian antara Great Britain dengan Amerika Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut dengan perabot dan membaiki bahagian dalam bangunan itu. | UMUM | |