Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : menurut (perintah, peraturan, hukum, dll), taat, tidak membantah: ke mana sahaja diperintahkan pergi, dia mesti ~; orang yg kalah undian ini mesti ~ kpd keputusan ramai; ~ janggal nampak sahaja patuh tetapi sebenarnya tidak; mematuhi menurut (perintah, suruhan, dll), mentaati: Udin ~ cakap ibunya; pemuda-pemuda Jepun ~ ajaran-ajaran Kongfutze; kepatuhan perihal patuh (menurut perintah dll), sifat patuh, ketaatan: ~ mereka itu memerlukan balasan yg sama; pematuhan perbuatan mengikut perintah: ~ dan pengabdian masih lagi diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tuh] | ڤاتوه

Definisi : tidak membantah sebarang suruhan atau perintah; menurut; taat: Kita hendaklah sentiasa ~ kpd undang-undang negara. mematuhi berlaku taat pd; mentaati: Ali ~ nasihat ibunya. kepatuhan sifat patuh: ~ terhadap peraturan yg ada memang perlu bagi menjayakan program itu. pematuhan perbuatan, hal dsb patuh atau mematuhi: ~ yg membabi buta tidak akan mendatangkan kebaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patuh (kata kerja)
Bersinonim dengan taat, setia, tunduk, tunak, patih; soleh, takwa, tawaduk, taslim, turut, ikut, akur, setuju;,
Kata Terbitan : mematuhi, kepatuhan,

Peribahasa

Air orang disauk,
     ranting orang dipatah,
adat orang diturut.

Bermaksud :

Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISTIQAMAH

Istiqamah adalah menjalankan sesuatu suruhan dengan patuh dan berterusan. Orang yang beristiqamah disebut Mustaqim.

AGAMAKonsep
LEBAI

 LEBAI, gelaran yang diberikan oleh masyarakat Melayu kepada orang yang alim, pandai membaca doa dalam majlis kenduri, mengetahui dan patuh kepada ajaran Islam.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
DERHAKA

DERHAKA, istilah sosiobudaya dan budaya politik masyarakat Melayu yang bermaksud menafi, menentang, membantah, menidakkan atau melakukan perbuatan atau tindakan kontra terhadap pihak yang lebih tinggi taraf atau kedudukan batang tubuh serta peribadi seseorang, pemegang kuasa atau wibawa dalam sesebuah organisasi sehingga ke peringkat kerajaan, negeri dan negara. Bertentangan dengan derhaka adalah patuh, taat dan setia kepada pihak berkenaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas