Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patung I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CORAK PUCUK REBUNG

CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu.

1">           

BUDAYAProses/Tindak Balas
DAHA

 

DAHA, kerajaan Hindu yang muncul pada abad ke-9 M. Pusat kerajaan Daha terletak di antara kota Madiun dan Ponorogo kini. Di sana masih terdapat dua makam kuno, tempat pemandian, dan beberapa patung hindu yang dipercayai wujud sejak zaman Hindu. Ada yang berpendapat bahawa kerajaan Daha meluas hingga ke Kediri. Bahkan ada yang berpendapat bahawa kerajaan Daha, adalah di sekitar kota Kediri sekarang.

1"> 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas