Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.tut] | ڤاتوت

Definisi : 1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, se­nonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memper­elok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menye­lidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tut] | ڤاتوت

Definisi : ; akar ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), Thunbergia grandiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.tut] | ڤاتوت

Definisi : 1 baik lagi elok (bkn perangai dll); senonoh: Tidak ~ engkau berbuat kasar begitu kpdnya. 2 sesuai benar; layak; padan: Dia memang sudah ~ menerima penghormatan itu. 3 sudah seharusnya atau selayaknya: Penjahat itu ~ dihukum bunuh. 4 sebenarnya; sesungguhnya; tentu saja: Dialah yg ~ menjadi raja kerana dia yg tua. berpatut-patut ada had atau ada batas yg patut; berpada-pada: Kalau meminta, biarlah ~. berpatutan tidak lebih dan tidak kurang; cocok benar; berpadanan: Gajinya ~ dgn jawatannya. sepatutnya 1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
patut (kata tugas)
1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,

2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya, perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,

3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,

Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan,

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Memberi barang kepada kera.

Bermaksud :

Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERDANA MENTERI

Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua

negara – raja atau permaisuri di negara

pemerintahan beraja atau presiden di negara

republik – melantik perdana menteri. Di

kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh

melantik pemimpin parti yang mempunyai suara

majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan

campuran. Perdana menteri dan kabinet

bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini

bermakna perdana menteri dan Kabinet patut

meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan

menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem

ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet

(lihat Kabinet ).

UMUM 
RESUSITASI KARDIOPULMONARI

Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary

Resuscitation) ialah prosedur

pertolongan cemas yang digunakan untuk

memulihkan pernafasan dan pengaliran darah

seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa

serangan jantung yang teruk atau mangsa

kemalangan yang serius. Untuk membolehkan

mangsa terus hidup, penyelamat mesti

memulakan CPR dalam masa empat minit selepas

pernafasan dan denyutan jantung mangsa

terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih

melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini.

UMUM 

Kembali ke atas