LAZUARDI ANWAR (1937- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 12 April 1937 di Pauh, Pariaman, Minangkabau, Indonesia. Dia pernah menggunakan nama pena termasuklah Dyafanusa, Heni Fitria, Ade Mirsalino dan Yahendra. Dia mendapat pendidikan di sekolah rakyat, sekolah menengah pertama, kemudian di Sekolah Menengah Atas Negeri II A – C di Pematang Siantar, Sumatera Utara hingga tamat pada tahun 1961. Sewaktu di SMA, dia menubuhkan ‘akhbar dinding’ Cetusan Pelajar.
Thanks for clicking. That felt good.