TIMOTHY | Timothy ialah salah seorang daripada sahabat Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir untuk mengembangkan agama buat pertama kali dan telah bercakap dengannya. Walau bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada tahun 100 M. | UMUM | |
HINDENBURG, PAUL VON (1847–1934) | | UMUM | |
GOBLE, PAUL | | UMUM | |
CÉZANNE, PAUL | | UMUM | |
GETTY, J. PAUL | | UMUM | |
ROBESON, PAUL | Robeson, Paul (1898–1976) ialah penyanyi, pelakon dan aktivis politik kulit hitam Amerika. Robeson lahir di Princeton, New Jersey. Dia menuntut di Rutgers University. | UMUM | |
REVERE, PAUL | Revere, Paul (1735–1818), patriot Amerika yang membawa berita kepada penduduk Lexington, Massachusetts pada bulan April 1775 tentang kemaraan tentera Inggeris. | UMUM | |
NEWMAN, PAUL | Newman, Paul (1925– ), pelakon lelaki Amerika, yang menjadi masyhur kerana lakonan aksinya dan kajian perwatakan yang meyakinkan dalam filem. Dia memegang peranan orang asing atau pemberontak dalam banyak filem lakonannya. Newman memenangi Academy Award pada tahun 1986 sebagai pelakon lelaki terbaik kerana lakonannya dalam The Color of Money . | UMUM | |
TILLICH, PAUL | Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya Theology of Culture (1959), dia menganalisis bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol dan mitos keagamaan yang dibincangkannya dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya yang terbaik ialah Systematic Theology (1951, 1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid. Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan pemikiran moden. | UMUM | |
STRAND, PAUL | Strand, Paul (1890–1976) ialah jurugambar Amerika yang membantu menjadikan fotografi sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia menolak gaya mengambil foto yang kabur dan terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu akhir tahun 1800-an. | UMUM | |