| NEGERI PAUS | Negeri Paus. Nama yang diberikan kepada daerah yang pada satu ketika dahulu diperintah oleh paus Gereja Roman Katolik. Paus menguasai bidang ekonomi, tentera, dan politik. Kebanyakan daerah berada di bahagian tengah Itali, dengan beberapa tanah yang berada di Perancis untuk beberapa ketika. Kini, Paus hanya mengawal bidang temporal bagi 44 hektar Vatican City, sebuah negeri bebas dalam daerah Rom. | UMUM | |
| PAUS SPERMA | | UMUM | |
| PAUS PEMBUNUH | | UMUM | |
| PAUS PANDU | | UMUM | |
| PAUS | | UMUM | |
| SPERMASETI | Spermaseti ialah bahan melekit yang didapati daripada kepala paus sperma yang sangat besar. Bluber paus sperma juga mengandungi bahan ini. Spermaseti digunakan sebagai bahan untuk membuat beberapa jenis salap dan krim muka. Ia pernah digunakan untuk membuat lilin. Spermaseti juga didapati daripada paus “berhidung-botol” dan paus raksasa “berhidung-botol”. Spermaseti mungkin mempunyai fungsi untuk paus, tetapi tiada siapa pun yang tahu apa fungsinya. Lihat juga Paus sperma. | UMUM | |
| ADRIAN IV | Adrian IV (kira-kira tahun 1110–1159) ialah satu- satunya paus Inggeris. Dia dilantik menjadi paus pada tahun 1154. Pada masa pelantikannya, pemberontakan menentang institusi paus sedang berleluasa di bandar Rom. Adrian meletakkan Rom di bawah sekatan agama. Dengan bantuan Maharaja Rom Holy, Frederick I, Adrian berjaya mengawal semula bandar tersebut. Adrian banyak membuat tuntutan untuk menguatkan kuasa paus dan dasarnya terhadap maharaja Frederick mencetuskan pemisahan yang serius antara Empayar Rom dengan institusi paus selepas kematiannya. | UMUM | |
| ALEXANDER VI | Alexander VI (1431–1503), paus yang paling mementingkan duniawi antara paus zaman Renaissance. Dia dipilih menjadi paus pada tahun 1492 dan peranan yang dimainkan dan cita-citanya lebih kepada pemimpin sekular. | UMUM | |
| NICHOLAS II | Nicholas II (1010?–1061) dimahkotakan sebagai paus pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus. Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian semua kardinal akan “memilih”, yang sebenarnya bermakna menerima, calon yang dicadangkan. | UMUM | |
| SIXTUS IV | Sixtus IV (1414–1484) adalah antara paus Zaman Renaissance yang terkenal kerana jahatnya. Dia dipilih sebagai paus pada tahun 1471, dan politik Itali mendominasi banyak pemerintahannya. Dia juga merupakan penaung besar bagi pembelajaran dan seni Renaissance. | UMUM | |