Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal menggambarkan masyarakat Amerika sebagai mati, merosot, atau mengalami kemusnahan. Kebanyakan karya Shepard menggabungkan simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven (1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan Country (1984). |